Monday, October 26, 2015
PAN Ganti PAS - PAS Tinggal Sejarah Di Bukit Gantang
Polemik Parti Amanah Nasional (PAN) dan PAS semakin kronik. Di Dewan
Undangan Negeri (DUN) Bukit Gantang, ADUNnya, DS Nizar Jamaluddin telah
mula menukarkan 'signboard' di Pusat Khidmat beliau. Lambang PAS
diturunkan dan lambang PAN dinaikkan.
Mungkin DS Nizar terlupa bahawa pengundi-pengundinya dahulu telah
memangkah bulan sebagai lambang PAS di dalam Pilihan Raya Umum (PRU)
yang lepas dan bukannya PAN.
Mungkin DS Nizar juga terlupa bahawa beliau telah memegang jawatan
sebagai Menteri Besar Perak walaupun dalam masa yang singkat adalah
disebabkan perkenan Baginda Sultan Perak kerana DS Nizar mewakili PAS
dan bukan PAN.
Masa begitu cepat berlalu. Dulu ada sembahyang hajat dilakukan di sebuah
stadium di Kota Bharu mendoakan PAS mengantikan UMNO. Kuasa Allah
menentukan segala. Kini 2015, bukan PAS mengantikan UMNO sebaliknya PAN
mengantikan PAS.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment