Ini satu lagi mangkuk ayun punya PKR. Itu
bukan pemotongan, peruntukkan yang dulu diberikan banyak untuk
perbelanjaan CAPEX expenditures one-off seperti pembinaan kampus dan
universiti baru etc. Perbelanjaan mengurus dan OPEX untuk tenaga
pengajar dan students ditambah.
Pembinaan universiti dan kampus baru memang
memerlukan beratus juta, tetapi bukan diperlukan setiap tahun. It is not
recurrence budget.
Kita spent about RM60 billion every year on
education (20-30% of budget) for 6 million students. Subsidi untuk
pelajar IPT adalah dalam RM5-10k seorang setahun..
24 Oktober 2015
Dalam Bajet 2016 yang diumumkan semalam, salah satu pemotongan yang
paling dahsyat adalah terhadap Kementerian Pendidikan Tinggi. Sebanyak
RM2.4 billion atau 15% telah dipotong daripada kementerian.
Akibatnya, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengalami potongan
bajet sebanyak RM 1,442,226,800 atau bersamaan dengan -16.5% berbanding
bajet 2015. Daripada 20 IPTA, 19 IPTA mengalami potongan bajet.
Universiti terulung UM mengalami potongan paling teruk setinggi 27.3%.
Sila rujuk carta excel.
Pemotongan bajet ke atas IPTA telah bermula sejak bajet 2015. Pemotongan
bajet 2015 adalah sebanyak RM 1,046,630,000 atau bersamaan dengan
-12.36% berbanding bajet 2014.
Pemotongan yang begitu drastik ke atas universiti sudah pasti akan
menyebabkan kenaikan kadar yuran universiti. Kami menjangkakan yuran
universiti akan dinaikan pada tahun depan. Ini akan melibatkan 534,569
mahasiswa dalam IPTA. Peratusan kenaikan yuran dijangkakan dalam
lingkungan 20% untuk menampung defisit yang dialami oleh IPTA. Pihak
universiti juga mungkin menaikan yuran-yuran bukan akademik seperti
yuran asrama, yuran pendaftaran, fi perkhidmatan dan sebagainya. Dalam
keadaan pinjaman PTPTN dipotong, kenaikan yuran universiti akan menjadi
sangat tidak popular di kalangan mahasiswa.
Dengan pemotongan teruk ke atas IPTA, UMNO/BN mungkin kehilangan
sokongan mahasiswa. Dalam PRU13 yang lepas, UMNO/BN hanya mendapat 46%
sokongan orang muda dalam kategori umur 21-25. Pemotongan bajet IPTA dua
tahun berturut-turut akan menyebabkan kesangsian kalangan mahasiswa.
Adakah UMNO/BN telah “give up” cuba mendapat sokongan orang muda
terutamanya golongan mahasiswa yang kebanyakan berpendidikan tinggi dan
pandai berfikir? Adakah Perdana Menteri akan mengalami nasib seperti
Persiden South Africa Jacob Zumar yang sekarang dibenci dan ditentang
oleh kalangan mahasiswa?
Parti KEADILAN membantah pemotongan bajet IPTA kerana ia merupakan satu
tanggungjawab Negara dan juga pelaburan yang bijak. Mengikut kajian
OECD, pelaburan ke dalam pendidikan tinggi akan membawa pulangan yang
tinggi kepada kerajaan. Secara purata, setiap ringgit kerajaan melabur
dalam pelajaran tinggi, kerajaan akan mendapat 6 ringgit dalam bentuk
cukai. Pelaburan dalam pendidikan tinggi akan mendapat Mutiplier effect
yang tinggi. Ia juga mengurangkan masalah penggangguran kepada kerajaan.
Parti KEADILAN sedar akan kebaikan pelaburan dalam pendidikan tinggi.
Maka dalam manifesto PRU13 kami, kami telah menjanjikan pendidikan
percuma sehingga ke pengajian tinggi. Ini adalah serupa dengan Negara
German yang telah memberi pendidikan tinggi percuma kepada rakyatnya.
Sim Tze Tzin,
Pengarah Strategi Parti KEADILAN
Ahli Parlimen Bayan Baru
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment