Monday, October 26, 2015
Hapuskan Tol : Guan Eng Dinasihat Berhenti Malukan Diri Sendiri
BUKIT BENDERA : Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul
Rahim berkata, Setiausaha Agung Dap yang belum disahkan jawatan, Lim
Guan Eng perlu berhenti memalukan diri sendiri dengan mengulangi
strategi basi kononnya mahu hapuskan tol lebuhraya Utara-Selatan
sekiranya dipilih menjadi kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan
datang.
Tegas beliau, tol Sungai Nyior masih teguh berdiri menjadi saksi
penipuan Guan Eng yang gagal menepati janji yang dibuat pada Februari
2008 yang lalu. Kini hampir 10 tahun berlalu, janji manis tersebut hanya
tinggal janji.
“Menyedari PRU semakin hampir, sekali lagi Guang Eng tabur janji
manis sedangkan janji dulu masih tidak tertunai. Saya hairan… tidakkah
dia selaku Ketua Menteri Pulau Pinang berasa malu dengan pembohongan
nyata ini.
“Kalau nak ulang skrip lama, tunaikanlah
dulu janji tu… ini tol Sungai Nyior masih wujud malah sudah naik harga
daripada 50 sen ke RM1.20, sikitpun takde bayang-bayang yang tol ini
akan dihapuskan,” ujarnya kepada para pemberita.
Tambah Rafizal, beliau amat berharap agar semua rakyat khususnya di
Pulau Pinang jangan lagi terpengaruh dengan janji si lidah bercabang
ini.
“Rasanya telah ramai yang mengetahui pembangkang ini memang terkenal
dengan putar belit semata-mata untuk mengelirukan rakyat sekaligus
mendapatkan undi.
“Mereka sanggup menjanjikan bulan dan bintang tetapi bila sampai masa
segala-galanya dilupakan. Lihat apa yang terjadi kepada Kampung Buah
Pala dan banyak lagi kampung-kampung tradisi yang lain. Kini kampung
tersebut hanya tinggal nama. Bila mereka telah menang, janji untuk
mempertahankan kampung tersebut terus dilupakan.
“Adakah kali ini kita mahu tertipu lagi? Cukup-cukuplah kita diperbodohkan,” ujarnya lagi.
Baru-baru ini Guan Eng mengeluarkan kenyataan akan memansuhkan tol di
Lebuh Raya Utara-Selatan sekiranya dipilih menjadi kerajaan pada PRU
akan datang, malah Guan Eng turut mengulangi skrip lapuk akan
menghapuskan tol di jambatan pertama Pulau Pinang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment