Sejak penubuhan PSSGM pada 1963, Silat Gayong telah berkembang di negara ini hinggalah ke seluruh nusantara dan dunia.
Monday, October 26, 2015
Seni Silat Perlu Diperluaskan – Najib
KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Tun Razak meminta supaya seni
persilatan Melayu diperluaskan dan pengamalnya meningkatkan lagi
kemahiran pertahanan diri itu kerana ia adalah benteng pertahanan ketiga
negara selain tentera dan polis.
Perdana Menteri berharap seni pertahanan diri itu kembali berakar
umbi dan bercambah di kampung, taman, institusi pengajian tinggi dan di
mana sahaja.
“Sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan kesinambungan
silat sebagai warisan bangsa di negara ini, saya telah mengisytiharkan
silat sebagai bela diri rasmi negara,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis perasmian bangunan
Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) yang dinamakan Wisma
Gayong, di Kampung Pandan di sini, hari ini.
Teks ucapan perdana menteri dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.
Turut hadir Yang Dipertua PSSGM Datuk Adiwijaya Abdullah, Timbalan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan dan
Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Jen Zulkifeli Mohd Zin.
Najib berkata anak-anak muda harus sedar bahawa ancaman kehidupan
sekarang datang dari pelbagai sudut, yang merangkumi masalah sosial dan
dadah serta unsur asing seperti ancaman pengganas kumpulan militan I.S.
“Saya yakin anak-anak Silat Gayong tidak akan terjebak dengan masalah
ini kerana seawal persilatan telah diajar mentaati guru, kedua ibu bapa
dan ajaran agama,” katanya.
Beliau berkata Silat Gayong telah mewujudkan sinergi usaha dan hasrat
dalam menyokong kepimpinan negara sejak sebelum merdeka lagi dengan
pengasas PSSGM Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman menunjukkan komitmen
pertubuhan itu ketika negara berdepan penjajahan Jepun dan British serta
ancaman komunis.
Sejak penubuhan PSSGM pada 1963, Silat Gayong telah berkembang di negara ini hinggalah ke seluruh nusantara dan dunia.
“Dengan kejayaan warga Gayong membina bangunan Gayong ini, amat
eloklah jika jika roh kejayaan Gayong kita peterikan dalam sanubari
untuk terus meluaslebarkan ilmu pertahanan tradisi Melayu ini ke seluruh
dunia,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment