Tuesday, October 27, 2015
Lim Guan Eng Merengek Tak Dapat Bajet Macam Orang Kaya Tak Dapat BR1M
EDITOR MENULIS...
27 OKTOBER 2015
Saya ketawa besar melihat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng
marah-marah dan merungut mendakwa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun
Razak memberi peruntukan yang 'ciput' untuk Kerajaan DAP Pulau Pinang
dalam pembentangan Bajet 2016, baru-baru ini.
Tidak habis-habis juga modal Guan Eng yang menyebut tentang kemahuannya
mahu memperbesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP),
sambil menuding jari pada peruntukan yang diberi pada Melaka untuk
memperbesar lapangan terbang di negeri itu.
Marah tidak dapat apa-apa dari Bajet 2016? Benarkah? Setahu saya,
semua negeri di Malaysia diberikan peruntukan dari Kerajaan Pusat pada
setiap tahun. Adalah sangat mustahil untuk Guan Eng tidak menerima
peruntukan tersebut. Guan Eng mahu masuk poket sendiri, kah?
Hakikatnya, semua negeri menerima peruntukan yang adil kali ini. Negeri
yang memerlukan bajet diberikan hak mereka lebih dari negeri yang
berpotensi mengembangkan ekonomi di negeri masing-masing. Adil dalam
konteks Islam, memberi kepada yang sepatutnya.
Sebelum ini, Guan Eng sering mendabik dada kononnya Pulau Pinang pandai
menyimpan duit dan kaya raya, membayangkan dirinya sangat hebat
mengendalikan ekonomi di negeri ini. Kononnya dialah 'hero' yang
memakmurkan negeri dengan pembangunan ekonomi yang pesat.
Tapi bila tidak dapat peruntukan, dia merengek-rengek macam budak kecil
tidak dapat susu. Apa punya Ketua Menterilah begini? Malu saya melihatnya. Ibarat perangai Guan Eng ini bagaikan seorang kaya yang tidak
dapat BR1M..!
Saya ingin bertanya, dari mana datangnya peruntukan sebanyak RM250
juta untuk menaiktaraf LTAPP? Dari Kerajaan Harapan 'Palsu' Negeri
Selangor, kah? Atau dari Kerajaan PAS Negeri Kelantan? Bukan dari
Kerajaan Pusat? Apa itu bukan namanya peruntukan?
Siapa yang menyediakan peruntukan sebanyak RM4.5 bilion untuk membina
Jambatan Kedua, jambatan yang diberi nama Sultan Abdul Halim Mu’adzam
Shah? Dari DAP atau PKR datangnya duit pembiayaan jambatan itu? Dari PAP
di Singapura? Atau dari Kerajaan Pusat?
Maaflah saya kata, sekiranya saya mahu meminta dan mengharapkan
sesuatu dari seseorang, maka selalunya saya akan susun ayat sebaik
mungkin sebelum bersuara. Tapi lain pula dengan Ketua Menteri yang seorang
ini yang menghentam sepuas hati Bajet 2016, tapi tidak malu untuk
meminta peruntukan dari sebahagian belanjawan berkenaan. Memang Guan Eng
tak tahu malu, kah?
Tidakkah puas lagi Guan Eng memeras duit rakyat di Pulau Pinang dengan
pelbagai kenaikan tarif, wang letak kenderaan, cukai itu dan ini serta
bermacam-macam jenis caj yang dikenakan kepada kami selama dia menjajah
negeri ini?
Tidak cukup wang rakyat Pulau Pinang, dia bocorkan pula poket mereka
yang bertandang ke negeri ini melalui caj tambahan bilik hotel dan
menaikkan kadar bayaran tiket produk-produk pelancongan di pulau mutiara
ini. Ke mana perginya wang tersebut?
Itulah yang kita semua tertanya-tanya, apakah Guan Eng ini sebenarnya tahu atau tidak
untuk mengendalikan ekonomi negeri Pulau Pinang? Berapa banyak penurunan
pelaburan FDI di negeri ini sejak tahun 2010? Berapa pula jumlah FDI
untuk tahun ini agaknya? Menurun lagi?
Cuba kira berapa banyak kilang yang tutup dan menarik keluar pelaburan
mereka dari Pulau Pinang sejak Guan Eng berkuasa di sini. Kenapa mereka
lari ke Kulim Hi-Tech dan beberapa kawasan perindustrian di negeri lain?
Kenapa mereka tidak kekal di Pulau Pinang?
Lihat pula pada ekonomi dalam poket rakyat Pulau Pinang. Yang berbangsa
Cina mungkin lega. Tapi bagaimana dengan bangsa Melayu, India, India
Muslim dan kaum lain yang tidak menyokong DAP? Cuba lihat bagaimana
tempat mereka mencari rezeki yang selama ini dibenarkan oleh kerajaan
terdahulu, tapi kini giat diganggu oleh Guan Eng...
Lebih membimbangkan lihat pula bagaimana pusat-pusat hiburan dan maksiat
tumbuh begitu banyak di Pulau Pinang dengan menyediakan GRO dan
perempuan jalang warga asing di negeri ini. Acap kali, ada saja yang
diserbu pihak berkuasa, kan? Itu semua 'business' kawan-kawan Guan Eng,
kah?
Pada pandangan saya, jika Guan Eng terus berkuasa di Pulau Pinang,
mungkin makin teruklah keadaan negeri ini pada masa akan datang. Corak
pentabdiran ala kongsi gelap ini bukan sahaja mampu meranapkan ekonomi
negeri, malah ekonomi rakyat pun akan turut bocor teruk.
Tapi itulah Guan Eng, Ketua Menteri yang telah pilih rakyat Pulau Pinang pada PRU ke-13 yang
lalu. Mungkin ada rakan negeri lain yang kasihan pada mereka. Tapi apa
boleh buat, itulah nasib mereka dan itulah nasib kita. Padan muka kita, kan? Saya hanya
mampu berdoa agar nasib kita akan berubah selepas PRU ke-14 nanti.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment