Tuesday, October 27, 2015
Apabila Anak Ulamak Sudah Mula Berbohong Demi Pangkat Dan Jawatan
1. Dakwaan Muhyiddin, kononnya Arul Kanda hanya bercakap kepada Jemaah
Menteri 10 hingga 15 minit tanpa membawa sebarang kertas pembentangan
memang bohong.
Sebenarnya, Arul telah diminta membentangkan mengenai penilaian
strategik, termasuk penjualan aset dan pembayaran semula hutang. Selepas
pembentangan, ada sesi soal jawab yang mengambil masa selama 45 minit.
2. TSMY sengaja menyembunyikan fakta bahawa sebelum pembentangan Arul,
juruaudit Deloitte telah diminta membentangkan laporannya mengenai 1MDB.
Kenapa Muhyiddin tidak menjelaskan iaitu dalam mesyuarat yang sama,
kabinet memutuskan agar pihak ketiga yang berkecuali dilantik untuk
melakukan penilaian semula terhadap 1MDB. Keputusan ini disusuli dengan
pelantikan Ketua Audit Negara yang perlu melaporkan hasil siasatannya
kepada PAC.
3. Satu lagi pembohongan Muhyiddin ialah apabila dia mengatakan bahawa 1MDB telah meminjam RM2 bilion daripada Ananda Krishnan.
Itu BOHONG kerana sebenarnya berdasarkan perjanjian pembelian Powertek
Investment Holdings (PIH), dinyatakan bahawa Tanjong PLC perlu melanggan
semula ekuiti di dalam PIH bernilai RM2 bilion dan hasilnya digunakan
bagi membayar semula pinjaman yang diuruskan oleh Maybank dan RHB.
Mungkin Muhyiddin tidak faham fakta ini kerana minat beliau hanyalah
mencari salah dan menggunakan hujah Tony Pua dan Sarawak Report.
4. Muhyiddin juga menyelewengkan fakta apabila mengatakan kabinet bersetuju menyuntik RM950 juta kepada 1MDB.
Sedangkan yang dipersetujui oleh Jamaah Menteri adalah untuk menyediakan
'standby credit', iaitu pinjaman jangka pendek yang sama sekali berbeza
dengan suntikan modal.
5. Muhyiddin juga mendedahkan 1MDB ada memohon pinjaman sebanyak RM 3
bilion dalam mesyuarat Kabinet. Ini bermakna TSMY mengaku isu 1MDB ada
dibincang dalam Kabinet dan dibuat secara telus. Apatah lagi dia
mengakui permohonan 1MDB itu telah ditolak sehingga menyebabkan 1MDB
telah membuat permohonan kali kedua dan itu pun hanya diluluskan
sebanyak RM 950 juta sahaja.
Secara tidak sengaja TSMY MENGAKUI bahawa perkara berkaitan 1MDB memang
ada dibincangkan di peringkat kabinet dan diputuskan secara TELUS dan
BERSAMA. Kenapakah sebelum ini Muhyiddin sering mengatakan dia tidak
tahu apa-apa mengenai 1MDB dan memberi gambaran seolah-olah 1MDB tidak
dibincangkan di mesyuarat Kabinet??
6. TSMY secara sinis berkata apahal 1MDB ni, sudahlah berhutang dengan
Ananda Khrisna RM2 bilion kemudian nak meminjam lagi sebanyak RM 3
bilion. "Pinjam atas pinjam, ini nak berniaga apa? Apakah kita mahu
kerajaan, generasi akan datang dan anak cucu kita terpaksa menanggung
hutang"?
Sebenarnya Muhyiddin lupa, bila dia memperkenalkan Amanah Saham Johor
dan Dana Johor, ramai rakyat Johor yang meminjam di Bank kerana
terpengaruh dengan janji beliau. Dana Johor sudah lingkup tetapi rakyat
terutamanya orang kampung terpaksa menanggung hutang hingga ke anak
cucu.
7. Rupanya TSMY juga Melayu Mudah Lupa.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment