Wednesday, October 28, 2015
Lim Kit Siang Semakin Tidak Relevan
Lebih 50 tahun dalam politik dengan 46 tahun sebagai ahli parlimen, Lim
Kit Siang sepatutnya cukup matang berpolitik. Walaupun jalan politiknya
turun naik, diakui Kit Siang berjaya memberi nyawa kepada DAP untuk
terus bertahan hingga sekarang.
Pada 20 Februari depan, pemimpin veteran DAP itu dijangka menyambut ulangtahun kelahirannya ke-75.
Namun, bagi kebanyakan manusia, pada usia demikian, sudah ada yang
nyanyuk dan kadangkala bercakap serta melakukan perbuatan yang tidak
relevan lagi. Bagaimana dengan Kit Siang?
Melihat tindak tanduk Ahli Parlimen Gelang Patah di Dewan Rakyat pada
Khamis lalu, timbul persoalan adakah Kit Siang sudah nyanyuk atau tidak
relevan lagi sebagai ahli parlimen.
Ini kerana beliau gagal memahami kenapa usul penggantungan terhadapnya
apabila terus mencanangkan kononnya beliau digantung sebagai ahli Dewan
kerana mengkritik 1MDB.
Malah, anaknya Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng ketika membahaskan Bajet
2016 di Dewan Rakyat pada Isnin juga membuat dakwaan sama kerana mahu
mempertahankan bapanya.
Kini beliau mengaitkan pula hukuman itu dengan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said yang mengemukakan usul
menggantungnya sebagai ada kepentingan dalam isu derma RM2.6 bilion.
Beliau mencabar Azalina dan lain-lain pemimpin termasuk menteri dan
timbalan membuat perisytiharan tidak menerima sumbangan itu daripada
Perdana Menteri.
Apa berlaku di Dewan Rakyat Khamis lalu cukup mudah. Ia hanya antara Kit Siang dengan Speaker Pandikar Amin Mulia.
Speaker hanya meminta Ahli Parlimen Gelang Patah meminta maaf dan
menarik balik tuduhannya terhadap Pandikar Amin yang disifatkan sebagai
diktator serta salah guna kuasa.
Ia tidak ada kena mengena dengan 1MDB mahupun RM2.6 bilion.
Malangnya, tindakan Kit Siang meninggalkan Dewan lebih awal pada petang
Rabu yang sepatutnya mendengar permohonan maafnya membuktikan beliau
sengaja mahu mencari populariti dengan isu tersebut.
Ini kerana DAP perlu menunjukkan bahawa merekalah juara isu rakyat
ketika PKR semakin hilang arah tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS pula
bergeseran dengan pemimpin-pemimpin Amanah.
Sepatutnya, Kit Siang memohon maaf dan menarik balik tuduhan beliau
terhadap Speaker. Jika beliau berlapang dada dan bersikap gentleman,
tentu beliau akan berbuat demikian.
Mustahil lebih 40 tahun sebagai ahli parlimen, Kit Siang tidak
mengetahui bidang kuasa dan budi bicara speaker yang duduk di kerusi di
Dewan yang mulia itu.
Apabila enggan mengaku, beliau mengalih isu bahawa penggantungan
terhadapnya selama enam bulan daripada menghadiri Dewan disebabkan isu
1MDB.
Realitinya, kelapa semakin tua semakin banyak santan. Malangnya, santan Kit Siang ibarat santan yang mudah basi.
Jelaslah, menjelang 75 tahun usianya dan 50 tahun usia DAP, Kit Siang
sudah tidak relevan dan masanya sudah tiba beliau mengikut jejak
rakan-rakan seangkatannya yang sudah meninggalkan kerusi Parlimen.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment