Tuesday, October 27, 2015
Memalukan Nama saja Arab..... Tiga Wanita AS Dakwa Putera Arab Saudi Paksa Lakukan Seks
LOS ANGELES : Tiga wanita warga Amerika Syarikat (AS) mendakwa seorang
putera Arab Saudi memaksa mereka melakukan seks selama tiga hari dalam
sebuah parti seks dan dadah di rumah agam di Beverly Hills.
Wanita yang diambil bekerja sebagai pembantu rumah pada September lalu,
telah memfailkan saman sivil terhadap Majed Abdulaziz Al Saud, 29 tahun.
Saman yang difailkan mendakwa putera Arab Saudi cuba memaksa salah seorang pekerja wanita itu untuk melakukan seks.
Putera itu juga mengarahkan pengawal keselamatan untuk turut berbogel bersama yang lain di tepi kolam renang.
Salah seorang pekerja wanita merayu supaya putera itu menghentikannya, tetapi putera itu kemudiannya menjerit kepada mereka.
"Kamu bukan perempuan! Kamu bukan siapa-siapa! Saya seorang putera dan
saya boleh lakukan apa sahaja yang saya mahu dan tiada siapa akan buat
apa sahaja terhadap saya," jeritnya.
Wanita itu turut mendakwa putera itu pernah melakukan seks dengan lelaki lain dan mengambil dadah yang dipercayai kokain.
"Al Saud bertindak ganas dan memaksa pekerjanya untuk melakukan seks secara terbuka dan memalukan mereka di khalayak umum.
"Ini adalah contoh menggunakan kekayaan dan kuasa untuk mengenakan
penderaan emosi dan fizikal ke atas mereka," kata Van Frish yang
merupakan peguam kepada pekerja wanita itu.
Peguam kepada putera itu tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.
Menurut Frish lagi, salah seorang jiran di situ telah menghubungi polis
selepas mendengar jeritan anak guamnya yang cuba memanjat pagar di
kediaman itu.
Putera itu ditahan kerana cuba memaksa wanita-wanita itu untuk melakukan seks oral.
Disebabkan tiada bukti kukuh, pihak berkuasa Los Angeles tidak
meneruskan tuduhan feloni kepada putera itu tetapi akan dikenakan
tuduhan kerana melanggar undang-undang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment