Tuesday, October 27, 2015
Alhamdulilah.... PAS Ulangi Pendirian Bekerjasama Dengan BN
KUALA LUMPUR : PAS sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk menjalinkan
kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) demi kepentingan rakyat.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun menegaskan bahawa
parti itu tidak berhasrat untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan
parti pemerintah itu.
"Kita sedia bertemu kerajaan. Ini sikap kita sebagai parti pembangkang kerana kita mahu pelihara hubungan rakyat.
"Bukan satu step (langkah permulaan) sudah banyak step kita sertai kerajaan campuran...masuk BN keluar BN.
"PAS bekerjasama dengan perkara baik, tak kerjasama dengan perkara yang
tak baik," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini,
Selasa.
Selain itu Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, PAS
memilih untuk tidak bertindak secara agresif dalam berhadapan musuh
politiknya.
"PAS akan terus menjadi pembangkang dan tidak akan sesekali menyertai
BN. PAS akan menjadi pembangkang yang menerang bukan menyerang. Itu
pendekatan yang kita ambil,” katanya.
Ditanya sama ada PAS sedia bekerjasama dengan kumpulan serpihan PAS
iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), Abdul Hadi bagaimanapun menolak
sebarang usaha ke arah itu.
"PAS tak akan menyertai sebarang langkah yang tidak berteraskan Islam dan tidak mencapai matlamat.
"Kita tidak ada harapan dengan Harapan yang tak sampai destinasi. Bas
ekpress nak pergi kuantan, tapi tersekat tengah jalan di Kuala Lipis,"
katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment