Monday, October 26, 2015

Mosti Jangka Banjir Kali Ini Tidak Seburuk Tahun Lepas

selepas-banjir6
KUALA LUMPUR : Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (Mosti) meramalkan kemungkinan banjir yang akan melanda beberapa negeri pada bulan hadapan tidak seburuk tahun lalu.

Menurut menterinya, Datuk Seri Madius Tangau, fenomena El Nino yang berlaku baru-baru ini dilihat sedikit sebanyak membantu mengurangkan risiko berlaku banjir teruk.

“Pada tahun ini penyelamat kita sebenarnya ialah El Nino, ekoran peningkatan kepanasan di kawasan Lautan Pasifik dan ini akan membantu menyederhanakan tengkujuh.
http://gstmalaysiainfo.com/wp-content/uploads/banjir-tenggelam.jpg
“Jadi kita meramalkan pada tahun ini banjir memang ada tetapi tidak lagi seteruk tahun lepas sebab adanya El Nino,” katanya.

Madius berkata, kementeriannya sudah pun bersedia untuk menghadapi banjir tahun ini dengan menyalurkan input dan bantuan diperlukan kepada pihak bertangungjawab.

“Kami akan memberi data-data tentang iklim dan keadaan semasa kepada pihak yang bertanggungjawab seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) supaya persediaan awal boleh dibuat terutamanya di tempat-tempat yang berisiko tinggi seperti di Pantai Timur,” katanya.

Selain daripada menyalurkan maklumat, Mosti juga akan menggunakan teknologi imej satelit supaya pelbagai rancangan bagi menghadapi banjir dapat dilaksanakan di peringkat awal.

“Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) di bawah Mosti ada itu semua, imej-imej ini kita boleh sediakan dan bagi kepada APBN supaya mereka dapat bersedia lebih awal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Persidangan Antarabangsa Teknologi dan Aplikasi Dalam Pengurusan Bencana (TADMIC) 2015, di sini hari ini.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment