
Monday, October 26, 2015
NUTP Gesa Muhyiddin Perjelas Kegagalan Projek 1BestariNet
Bekas Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa memberi
penjelasan berhubung kegagalan projek 1BestariNet yang membabitkan
peruntukkan berjumlah RM663 juta.
Menurut Kesatuan Perkhidmatan dan Perguruan Kebangsaan (NUTP),
perkara itu dilihat perlu ekoran timbul pelbagai persoalan berkaitan
projek berkenaan antaranya kelewatan projek dilaksanakan serta akses
internet yang lemah.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, kegagalan itu disifatkan
sebagai satu pembaziran sekaligus memberi kesan kepada warga pendidik.
“Ini suara hati dia sendiri menyatakan bahawa dia banyak tenaga dan
masa dia fikir macam mana nak akses balik internet nak selaikan masalah
data. Nak urus data pelajar, data guru. Dia kata kadang-kadang dia rasa
sepatutnya masa itu masa yang berharga dan bernilai ini sepatut dia nak
juga ada dalam kelas,”katanya.
Selain itu, turut dipersoal adalah integriti kelulusan projek
terbabit bernilai hampir RM4.077 bilion sejak ia mula dilaksanakan pada
tahun 2011.
Justeru NUTP berharap agar projek tersebut dapat memberi manfaat yang
setimpal kepada semua pelajar dan guru selari dengan peruntukkan yang
telah dilaburkan dalam 1BestariNet.
“Harapan NUTP adalah supaya duit itu betul-betul boleh beri manfaat
kepada pelajar dan guru kita terutamanya projek-projek dan program yang
berkaitan dengan guru.
“Dengan peruntukkan yang begitu tinggi, dia kena beri faedah kepadanya,”katanya.
1BestariNet merupakan projek yang dilengkapi akses internet
berkelajuan tinggi 4G dalam usaha ke arah pendidikan berteknologi tinggi
dan bertaraf dunia.
Mac lalu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) melaporkan perlaksanaan fasa pertama projek 1BestariNet adalah gagal.
Susulan itu, Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) telah membuat
aduan pada Julai kepada pesuruhjaya pencegahan rasuah (SPRM) berhubung
perkara itu yang diluluskan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri
Pendidikan ketika itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSERENBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment