Monday, October 26, 2015

Tiada 1MDB Pun , Mahathir Akan Cari Alasan Lain

muhyiddin_najib_umno_600
“Perjuangan belum selesai” itu slogan Tun Mahathir.

Kalau sudah jadi PM 22 tahun pun masih belum selesai ada lah benda yang tidak kena dan tidak selesai itu.

Wang sudah banyak, proksi kaya raya sedia bantu , jadi bukan wang yang dia mahu , merasai kuasa pun sudah , maka dia tahu apa itu kuasa.

Jadi jika umur sudah 90 tahun apa lagi belum selesai?

Tentu apa apa yang dia mahu bukan untuk diri nya, tentu juga bukan untuk Negara , jadi apa yang Tun Mahu kan?

Tentu lah melihat darah daging nya mengganti nya di saat hujung nyawanya.

Dalam satu kenyataan Ds Najib memberitahu sebahagian dari masalah melanda Negara ada lah datang nya dari orang seperti Tun Mahathir dan Ts Muhyiddin yang amat terdesak mengejar waktu untuk menjatuh kan beliau dari jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Keadaan menjadi terdesak kerana Tun Mahathir bukan sahaja mahu menurunkan nya tapi mahu menurunkan dengan kadar amat segera.

Kenapa begitu?

Ia kerana pengganti yang bertaraf boneka selepas Najib  ini perlu di beri nikmat menjadi PM dalam lebih kurang 3 Tahun sebelum di paksa turun , jika dia bukan jenis yang mahu bekerjasama, tetapi jika dia berkerjasama PM itu hanya perlu istihar sakit atau pun mengaku ada masalah lain yang membuat nya terpaksa undur diri.

Fungsi PM selepas Tun M  ini sudah d atur ,ia itu dia mesti membantu anak Tun Mahathir untuk naik ke jawatan tinggi dengan apa cara sekali pun dalam masa 3 tahun lebih ini.

Itu lah kehendak peribadi Tun Mahathir.

Maka jika Perdana Menteri yang sedia ada dapat menjadi PM  lebih sepenggal ia akan terganggu matlamat Tun M.
leesporemandai
Kematian Lee Kuan Yew amat terkesan kepada Tun Mahathir kerana beliau melihat sendiri bagaimana anak mendiang menjadi orang utama dalam menguruskan jenazah mendiang.

LKY mati dalam keadaan sejuk mata kerana darah daging nya sudah mengganti beliau.
Maka untuk seorang ayah tentu ini lah kehendak beliau dalam senyap.

Tun Mahathir tidak mahu membantu anak nya ketika menjadi PM dahulu kerana anak nya masih mentah dan dalam kategori berjawatah rendah sahaja yang dia boleh bantu naik.

Maka dia akan pasti kan PM selepas nya akan membuat apa yang dia kehendaki , jadi nampak lah molek orang lain yang naik kan dan bantu naikkan.

Ketika ini berlaku , baru lah anda faham apa maksud “perjuangan belum selesai’.

Kerana ketika sebelum berhenti pun dia sudah mencipta dan melakar kan macam macam untuk hari depan, dan perkara siapa Perdana Menteri pun beliau sudah rencana tidak mesti melebihi sepenggal dan akan mencipta isu untuk menurunkannya.

Hanya kemahuan yang tidak di beritahu secara terbuka ini sahaja lah yang akan menyelesaikan perjuangan. Bila ia berlaku maka “perjuangan pun selesai”.

Jadi usah lah ber ia ia sangat dengan umpan 1MDB tu, usah lah ia ia sangat kita membenci Najib Razak, kerana tanpa isu 1MDB pun alasan lain akan di cari juga.

Mencapai matlamat lebih utama dari reputasi.

Salah Najibkah dalam hal ni?

90 tahun yang lepas tidak penting bagi Tun Mahathir, kerana 5 tahun akan datang yang beliau pandang dengan penuh harapan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment