Monday, October 26, 2015
Muhyiddin Bukan Lawan Najib Tapi Lawan Ketentuan Tuhan
Selain menunjuk kebodohan sendiri dan
mengakui bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pemimpin yang memegang
prinsip demokrasi – bukan mesti ikut cakap aku saja, Muhyiddin Yassin
dalam sesi luahan hatinya kelmarin tidak langsung menunjukkan sikap
sebagai anak bekas Tok Guru bila mempersoalkan pemecatannya sebagai
Timbalan Perdana Menteri hujung Julai lepas.
Dah nak masuk 3 bulan sejak dipecat, so called anak Tok Guru ini masih lagi mengomel, mengeluh, buat bising kenapa dia dipecat.
Bila dah kata redha tu, maksud kena
redha, jangan kejap cakap macam ini, kejap cakap macam itu, tak baiklah.
Kata sayang UMNO, tapi dengan apa cara UMNO untung macam ini? Bagi
penerangan kenapa lawan Perdana Menteri dalam isu 1MDB, tidak ada
masalah, itu memang ditunggu, tapi ambik peluang untuk lawan ketentuan
Allah swt yang menetapkan dia dipecat, itu sudah tidak betul.
Lagipun dalam sejarah negara ni, bukan
pertama kali Timbalan Perdana Menteri kena pecat, dipaksa berhenti,
diugut kalau tak berhenti dan sebagainya, nak nak bawah Mahathir, paling
banyak, catat rekod tu. Muhyiddin saja dah orang nombor berapa – kita
pun dah malas nak kira.
Kalau kali pertama dalam sejarah tu kita
faham, masalahnya poliitk Malaysia tak pernah sunyi dari cerita
Timbalan kena pecat ni, terutama seperti disebut di atas, pada era
Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Mahathir itu
jugaklah yang Muhyiddin dok ikut sekarang.
Mahathir pun dah banyak kali ulang yang
dia akan pecat orang yang tak setuju dengan dia, jadi inilah teladannya,
inilah kebiasaannya, inilah apa yang patut dilakukan Najib dalam
situasi Muhyiddin ketika itu.
Jangan bagi malu status bapaklah. Tak
payah jadi anak tok guru pun semua orang Islam memang patut beriman
dengan Qada dan Qadar yang Allah swt sudah tentukan untuk kita, dalam
hal ini Muhyiddin kena pecat dan Najib masih kekal sebagai Perdana
Menteri, period.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment