Monday, October 26, 2015
Muhyiddin Lebih Baik Diam Dari Meroyan Tak Tentu Hala..
Timbalan presiden parti Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, diingatkan
supaya duduk diam-diam dan tidak buka mulut sekiranya tidak mahu lihat
parti sendiri dimusnahkan oleh pembangkang.
Peringatan ini dibuat oleh salah seorang pemimpin akar umbi Umno kerana
sejak kebelakangan ini Muhyiddin dilihat terlalu seronok mengkritik dan
mendedahkan masalah parti kepada umum. Mungkin Muhyiddin lupa kot yang
sekarang ni dia berada di dalam parti yang diburukkan olehnya sendiri.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, apabila
Muhyiddin terlalu leka membocorkan semua permasalahan dalam parti, itu
umpama menyerahkan diri untuk ditembah oleh musuh, dan seterusnya
merosakkan parti.
"Musuh-musuh di luar sana. Mereka melihat apa yang berlaku, ini tidak baik.
"Saya minta dengan rendah hati, apa sahaja perbezaan yang ada, bawa kepada parti," katanya.
Mulut si Muhyiddin ni memang layak ditutup, tambah-tambah sejak dibuang
dari posisi Timbalan Perdana Menteri. Lepas peristiwa itu, ada saja yang
tidak kena, semua dia nak kritik! Perkara-perkara sebegini pastinya
akan memburukkan lagi parti..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment