Tuesday, October 27, 2015
Netanyahu Mahu Batal Hak Penduduk Palestin
TEL AVIV : Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu
berkemungkinan akan membatalkan hak tertentu penduduk Palestin yang
tinggal di Baitulmaqdis Timur.
Menurut laporan Press TV kelmarin, sumber kerajaan mendedahkan
pembatalan itu termasuk status penduduk dan hak perjalanan penduduk
Palestin.
Susulan daripada itu, menurut anggota Jawatankuasa Eksekutif
Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Hanan Ashrawi pihaknya bertindak
mengecam langkah tersebut yang disifatkan sebagai rancangan jahat Israel
untuk melakukan pembersihan etnik di wilayah itu.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, pihak berkuasa Israel
dilaporkan menghalang pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar
kawasan Masjid al-Aqsa.
Sebuah badan amal di Jordan mendakwa tentera rejim Zionis
sewenang-wenangnya mengarahkan kerja pemasangan CCTV tersebut
dihentikan walaupun ia adalah sebahagian daripada perjanjian antara Tel
Aviv dan Amman yang bertujuan untuk meredakan ketegangan di Baitulmaqdis
Timur.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment