Tuesday, October 27, 2015

Masalah Bila Ketua Pembangkang Pekak Badak!!

EDITOR MENULIS...
27 OKTOBER 2015
azizah_pekak
Bila Ketua Pembangkang tersilap menjawab soalan wartawan dengan mendakwa keretapi dikenakan tol, saya melihat ada isu yang lebih besar dari jenaka yang terhasil lanjutan dari kesilapan tersebut.  Kelakar memang kelakarlah tapi dalam ruangan yang serius ini, ada isu yang lebih besar perlu diberi perhatian iaitu…….

Ketua Pembangkang Parlimen di Malaysia ni rupa-rupanya pekak badak!!

Ini masalah.  Bila Ketua Pembangkang pekak, tak hairan kenapa pembangkang selalu ada masalah sebab orang yang mereka angkat jadi ketua sudah hilang keupayaan mendengar.  

Padanlah nak selesai nama Pakatan Harapan ke Pakatan Rakyat ke, pembangkang tidak mampu, rupanya ketua mereka pekak.

Dalam masa yang sama menunjukkan pembangkang di negara ini dipimpin oleh laki bini yang secara zahirnya cacat.  Laki cacat seksual, bini cacat pendengaran.  Mungkinlah pembangkang nak menaikkan taraf OKU dengan meletak kedua orang ‘cacat’ ini sebagai ketua, tapi tak sesuai sangatlah.

Rakyat negara kita memang tidak mendiskriminasikan OKU malah kerajaan kita banyak membantu mereka, tapi nak angkat sesiapa dari golongan ini sebagai pemimpin tertinggi, belum lagi lah kot, anyway, negara mana pun yang buat dalam dunia ni?

Lebih lagi dua laki bini yang dimaksudkan ini, mereka tak mengaku OKU, walaupun semua orang nampak ke’OKU’annya tu.

Jadi rakyat boleh jangka kalau salah seorang dari laki bini ini diangkat sebagai pembesar negara, masa depan kita semua rakyat ni macam mana?  Kalau angkat bini, lain orang cakap, lain dia faham, jam Omega pun dari bertahun lepas sampai sekarang cari  tak jumpa.  Kalau angkat laki?  Hurmm.. yang ini tak payah ulaslah, semua orang tahu masalah.

Negara ini perlukan orang yang fit untuk memimpin atau akan adalah segelintir yang merendah-rendah dan mentertawakan nanti.  Datuk Seri Najib Tun Razak yang sempurna segala segi itu pun ramai yang nak ‘mencacatkan’, ini pulak yang sah-sah memang cacat, jadi bahan troll 24 jam sajalah nanti.

Disediakan oleh : 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMoEhF9SBhGuMMWIV247Ei5tk94Gj0YZzzVJ89eF5zV2i_PTSXZix083XM6cNxgxRKqJVlk_dzM3qh_CPVXlkPkZB0_x5juQCeaPmBKncSpi1G3uh1xNh8OkMjfbMkCEyrUxxs6QiNXbsi/s1600/Debat+93.JPG
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment