Sesungguhnya adalah
satu penipuan terbesar yang sedang dilakukan oleh pentadbiran Perdana
Menteri Najib Razak apabila menyembunyikan fakta bahawa rel keretapi
untuk Lebuhraya PAN Borneo sedang dibina, dan landasan itu bakal muncul
menjadi landasan pertama di dunia yang mengenakan tol terhadap penyedia
perkhidmatan pengangkutan terbabit.
Malangnya, illusi ini hanya wujud dalam minda ketua pembangkang Malaysia, Datin Seri Wan Azizah Ismail.
Secara umum, penulis rasa semua tahu bahawa Pan Borneo adalah satu projek pembinaan lebuhraya tanpa tol. Mengikut Wikipedia,:
Istilah lebuh raya merujuk kepada
rangkaian jalan raya utama yang menghubungkan antara beberapa lokasi
penting, seperti bandar raya. Terma lebuh raya boleh jadi berbeza
mengikut negara; di negara yang mempunyai rangkaian jalan raya yang
baik, istilah lebuh raya merujuk kepada lebuh raya ekspres (expressway),
lebuh raya kereta (motorway), lebuh raya bebas (freeway) atau apa jua
istilah yang membawa maksud jalan raya kembar berkelajuan tinggi dengan
capaian melalui persimpangan bertingkat sahaja.
Sementara itu, Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka mengklasifikasikan istilah lebuh raya sebagai;
Jalanraya yang lebar, yang biasanya
menghubungkan sebuah bandar atau bandar raya dengan sebuah bandar atau
bandar raya yang lain.
Itu fakta berkenaan lebuhraya. Tidak tahu
pula penulis jika keretapi juga tergolong di dalam golongan kenderaan
yang menggunakan lebuhraya.
Keretapi dikenakan tol? Maka, secara
lazimnya, ketidakmampuan untuk berfikir secara rasional, bolehlah kita
kategorikan sebagai nyanyuk, atau hilang akal.
Jika pun mengaku dirinya masih lagi
normal, tentu sahaja ia menceritakan sifat dan hakikat pembangkang di
Malaysia, yang tidak mahu mengambil tahu apa jua dasar dan pembangunan
yang sedang kerajaan lakukan. Di dalam minda mereka, bangkang dan terus
bangkang dari longkang.
Tatkala mendengar petikan kata-kata
beliau di TV, suasana kedai makan yang penulis singgah meriah dengan
gelak ketawa para pelanggan, mengalahkan final maharaja lawak mega.
Beginikah level seorang ketua
pembangkang? Maka, tidak salah seperti yang pernah penulis nyatakan
sebelum ini, bahawa rakyat Malaysia di dalam kerugian yang amat kerana
mempunyai pembangkang yang bersifat destruktif, dan bukannya
konstruktif.
Jika begitulah standard ketua pembangkang, maka anda nilaikan sendiri standard “anak buahnya” pula. Memang standard lowyat!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment