Friday, October 23, 2015

PAS Akan Lawan DAP di PRU 14

Walaupun parti PAS sering dilanda kontroversi murahan dan dikecam hebat oleh parti pembangkang lain termasuklah parti serpihan, Amanah. Namun situasi tersebut sedikit pun tidak mengganggu gugat kekuatan yang dimiliki PAS.

Enggan menjadi pak turut kepada parti pembangkang yang lain, PAS kini dilihat sedang mengatur strategi untuk dan membuat kira-kira untuk meletakkan calon bukan Islam yang kini berada di bawah naungan Perhimpunan Penyokong Pas untuk bertanding di kawasan pilihan raya yang dipegang oleh DAP pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya kini sedang membuat penyelidikan terperinci dikawasan-kawasan DAP yang berpotensi untuk menang dan seterusnya mengambil alih kuasa.

“Kami sedang menjalankan kajian dan mengumpul maklumat mengenai kawasan pilihan raya yang berpotensi. Perkara ini belum muktamad lagi,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan turut memberi kata putus mengenai formula pembahagian kerusi  antara parti-parti pembangkang yang dicadangkan oleh DAP.

Mohd Amar berkata, PAS bukan sahaja tidak berminat dengan formula yang diberikan oleh DAP itu, tetapi PAS juga turut mengingatkan parti pembangkang yang lain bahawa mereka kini sudah tidak mahu ada kena mengena dengan DAP kerana hubungan antara mereka sudah putus.

Jadi cadangan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang kononnya ‘menyuruh PAS untuk bertanding di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis tidak akan dipakai.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment