Friday, October 23, 2015
Murid Sekolah Darjah Lima Sudah Diajar "Main Politik"
Hairan bin pelik… Nama soalan tatabahasa tapi apa yang hairannya kenapa
harus ada nama perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak?? Bertambah pelik
apabila soalan tatabahasa tapi tanya soalan pasal artis hahahaha! Ini
bukan soalan dalam rancangan hiburan televisyen beb.
Apa agaknya ek motif sebenar si pereka soalan ni, sudah la tanya murid
pasal hiburan dan bukannya pasal pelajaran. Lepas tu pilihan jawapan
pulak letak nama Datuk Seri Najib haha! Haru biru betul la si pereka
soalan ni pun. Nasib baik nama pereka soalan dalam buku ni tiak
didedahkan.
Gambar yang menunjukkan soalan tidak masuk akal itu menjadi viral dan
dijadikan bahan jenaka oleh pengguna laman sosial. Mungkin niat si
pereka soalan tatabahasa tu memang untuk mempermainkan Najib kot kan sebab tu dia buat macam tu. Apa-apa pun tahniah kepada si pereka soalan
tatabahasa ini, kerana anda telah berjaya mempermainkan dan
mempersendakan perdana menteri negara.
Dengar kata ini adalah soalan tatabahasa untuk pelajar tahun lima. Cuba
korang bayangkan jika murid-murid sekolah rendah sudah dihasut dengan
permainan politik dengan pengaruh yang agak kotor ini. Tak mustahil
minda dan pemikiran mereka akan turut terpengaruh untuk membenci
kerajaan.
Licik betul dorang ni kan. Bagi kita yang berfikiran positif mungkin
kita akan menganggap perkara ini sebagai perkara biasa. Tetapi bagi
orang yang berfikiran jauh, pasti mereka tidak mahu kanak-kanak seusia
ini terdedah dengan mainan politik kerana permikiran mereka masih belum
matang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment