Friday, October 23, 2015

Perancangan Kit Siang Untuk Burukkan Speaker Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang dihukum gantung 6 bulan dari memasuki Parlimen dilihat mahu memburukkan imej Speaker Dewan Rakyat apabila sengaja membiarkan dirinya dikenakan hukuman tersebut.

Kit Siang sengaja membiarkan dirinya dikenakan hukuman walaupun telah diberi peluang untuk memohon maaf bagi mengaburi mata rakyat yang kononnya dirinya menjadi mangsa keadaan.

Kit Siang sebelum ini telah memburukkan imej Speaker Dewan Rakyat dengan menuduh Speaker menyalah gunakan kuasa apabila cuba berkomplot dengan kerajaan dalam isu syarikat 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Disebabkan tuduhan liar itu, Kit Siang diarah untuk memohon maaf dan menarik kenyataannya itu. Tetapi oleh kerana keegoan yang memang zahir dalam dirinya, Kit Siang enggan memohon maaf.

Selain itu, Kit Siang juga tidak menafikan beliau telah mengeluarkan perkataan yang melampau bagi menunjukkan dirinya tidak bersalah dalam hal ini. Kit Siang sebaliknya cuba mengalihkan isu hukuman yang dikenakan terhadap dirinya dengan kononya dia telah menjadi mangsa kekejaman kerajaan.

Terbukti ini perancangan yang telah dibuat awal oleh pemimpin Veteran DAP itu untuk memburukkan Speaker. Dan taktik ini pastinya digunakan untuk mengabui mata rakyat demi kepentingan politik peribadi pembangkang.

Timbul persoalan disini apabila kerap kali insiden seperti ini berlaku. Jelas menunjukkan pemimpin pembangkang melakukan kesalahan didalam Dewan Rakyat, tetapi apabila diminta untuk memohon maaf, mereka enggan memohon maaf dan kemudiannya memutarbelitkan fakta demi untuk menipu rakyat.

Apakah susah sangat bagi pemimpin pembangkang untuk menyebut perkataan 'maaf' ini? Apakah jatuh maruah mereka jika meminta maaf selepas memaki hamun orang lain didalam Dewan Rakyat?

Jika benar pemimpin-pemimpin DAP ini berjiwa zuhud dan dekat dengan hati rakyat, sudah pasti mereka memohon maaf atas apa jua kesilapan yang telah dilakukan mereka.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment