Monday, October 26, 2015

Pemimpin DAP dan PKR DICABAR Letak Jawatan Jika Usul Undi Tidak Percaya Kalah di Parlimen...... Ada Berani?

Terbukti Parti Pakatan Harapan SUDAH CACA MERBA! Bermula dengan MP PKR menghantar usul undi tidak percaya secara individu. Bila Lim Guan Eng bantah dan berlaku pertengkaran, Wan Azizah akui dia akan bertindak kemukakan usul tersebut dan MP PKR tarik balik usul dibawa beliau.

Permohonan lewat, namun, untuk memberi peluang adil kepada pihak pembangkang, Speaker Parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta Wan Azizah untuk menyerahkan senarai Ahli Parlimen yang menyokong usul berkenaan supaya Speaker boleh menggunakan budi bicara beliau dan menerima usul berkenaan jika ianya sangat penting dan mempunyai sokongan yang kukuh.

Pakatan Harapan tidak mampu menyerahkan senarai yang diminta!

Menyusul pula tindakan Lim Kit Siang menuduh Speaker hingga menyebabkan beliau digantung sidang Parlimen! Bodoh benar.

Menambah malu, Timbalan Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan tidak pernah dirujuk usul undi tidak percaya oleh PH. Azmin atau PKR lupa?!

Selepas ini PH bercadang nak buat himpunan BERSIH 5 untuk sokongan kepada usul undi tidak percaya. Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin menghentam Pakatan Harapan tidak cekap!

Semuanya Mat Jenin.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment