Monday, October 26, 2015
Teluk Kumbar Gempar Kes Remaja Perempuan Dibunuh Kejam
Pekan kecil Bandar Baru Teluk Kumbar di Balik Pulau Pulau Pinang gempar
awal malam Ahad selepas seorang remaja perempuan Intan Suraya Mawardi 17
tahun ditemui dibunuh dengan leher dikelar.
Mayat gadis malang itu ditemui ayahnya yang mulanya menyangka anak
sulung beliau itu sedang tidur di sebuah bilik di rumah mereka.
Panggilan tidak bersahut menyebabkan ayahnya masuk ke bilik dan mendapati anaknya sedang berselimut dan lehernya dikelar.
Berikutan itu, polis menahan seorang lelaki awal pagi Isnin, yang dipercayai membunuh tersebut.
Suspek berusia 20 tahun ditahan di kawasan Bayan Lepas dan polis turut menemui senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa.
Jurucakap polis berkata, suspek dipercayai menceroboh bilik mangsa ketika dia tinggal seorang di rumah ketika kejadian.
"Suspek yang bersembunyi sekitar kawasan ini turut mengambil telefon bimbit mangsa.
"Dia dijangka direman pagi ini di Mahkamah Majistret Balik Pulau bagi
membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,"
katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment