Sunday, October 25, 2015
Perguna Dr.Yusuf Al Qardhawi Muslihat Terdesak Parti Amanah – Norman Toha
KUALA LUMPUR : Bekas Setiausaha Pas Negeri Selangor, Norman Toha
melihat tindakan yang dibuat oleh pemimpin parti Amanah yang merupakan
bekas pemimpin Pas yang bertemu dengan pemimpin dan ulama Islam seperti
Syeikh Dr. Yusof al Qaradhawi hanyalah semata-mata untuk mendapatkan
sokongan dan pengesahan kewujudan parti baru yang ditubuhkan mereka
sebagai sebuah lagi parti gerakan islam di negara ini.
Menurut Norman, dari segi ilmu gerakan Islam, parti Amanah ini tidak
sepatutnya wujud dan seperti mana kata presiden Pas dalam satu ceramah
beliau adalah kewujudan parti baru ini adalah haram hukumnya.
“Saya lihat dalam hal ini parti Amanah cuba mempergunakan Syeikh Dr.
Yusof al-Qardawi bagi mengesahkan kewujudan mereka dan dan maklumat yang
terkini yang saya perolehi, mereka juga berhasrat meminta ulama dunia
itu untuk menjadi orang tengah perbincangan antara mereka dan Pas.
“Perpecahan yang berlaku di dalam amanah-n-pasPas telah menarik
perhatian Syeikh Dr.Yusuf al-Qaradhawi yang kemudiannya meminta Haji
Hadi, sebagai Naib Ketua Ulama Sedunia dan juga Presiden Pas
memperjelaskan cerita yang sebenar kepadanya.
“Maka setelah Haji Hadi memperjelaskan kepada Syeikh Yusuf al-Qaradhawi
tentang perkara yang sebenar sebab musabab wujudnya Parti Amanah Negara
ini, maka Syeikh Yusuf al Qaradhawi menyatakan pandangan tidak bersetuju
dengan apa yang telah dilakukan oleh sebahagian daripada bekas pemimpin
Pas itu, dan mengatakan bahawa parti Amanah itu tidak sepatutnya
wujud,” ujarnya kepada media di sini hari ini.
Maka justeru itu, beliau berpandangan bahawa pemimpin-pemimpin parti
baru ini sedang berusaha melobi pemimpin ataupun ulama-ulama dunia Islam
agar mengiktiraf mereka sebagai sebuah lagi parti Islam yang wujud di
negara ini selain Pas.
Pas bagaimanapun kata Norman lagi, tidak akan bersetuju untuk bersemuka
ataupun berbincang dengan kepimpinan parti baru tersebut yang mana
disifatkan Pas sebagai satu kewujudan yang tidak wajar.
“Yang pertamanya bagi Pas, tidak perlu untuk berbincang apa-apa kerana
tindakan sebahagian bekas pemimpin Pas mewujudkan parti Amanah itu
sendiri adalah tidak wajar dan tidak sepatutnya dilakukan.
“Dan yang keduanya,lebih malang lagi apabila pemimpin parti Amanah ini
yang terdiri daripada bekas pimpinan Pas berusaha dan bertindak secara
zahir ataupun secara tersembunyi untuk melemahkan Pas itu sendiri,
dengan menarik ahli-ahli dan juga kepimpinan kepimpinan dalam pas
menyertai mereka.
“Jadi saya kira, perbuatan mereka untuk meminta dan mempergunakan ulama
dunia untuk meraih sokongan dan pengiktirafan kepada parti baru ini
sebagai sebuah lagi parti gerakan Islam di negara ini agak sukar dengan
sikap dan tindak tanduk politik yang mereka perlihatkan hari ini,”
akhirinya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment