Mual pula apabila membaca kenyataan Lim Guan Eng DAP tentang jawapan kepada soalan di dalam Parlimen. Kesal, kata beliau.
DAP hari ini berkata Putrajaya melanggar konvensyen Parlimen apabila
melengahkan jawapan mengenai derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam
akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau kesal dengan tindakan itu kerana ia bukan amalan biasa Parlimen.
“Biasanya jawapan lisan Parlimen akan diberikan, bukan di sini namun di
luar negara juga. Saya tidak tahu apabila kita tanya soalan bukan saja
tidak beri jawapan namun ditangguhkan – seterusnya
Yang mualnya ialah orang yang kesal ini pernah dicadangkan supaya
digantung kerja sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang kerana isu soalan dan
jawapan!
Ketua Pembangkang Dun mencadangkan agar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim
Guan Eng digantung kerja kerana melanggar Peraturan 15 Aturan Urusan
Mesyuarat di bawah Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dun Pulau
Pinang.
Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Ayer Tawar) berkata, Peraturan 15 (1)
menetapkan perkara kecil (h) iaitu soalan yang sudah dinyatakan terlebih
dahulu dan jawapan kepadanya hendaklah diselesaikan sebelum perkara
kecil (j) iaitu mengemukakan rang undang-undang kerajaan
dipertimbangkan.
Beliau berkata, Guan Eng gagal membentangkan jawapan kepada soalan bertulis seperti yang ditetapkan dalam Peraturan 15(h).
“Rang undang-undang perbekalan 2015 (bajet) pula didahulukan sebelum
jawapan kepada soalan bertulis dibentangkan seperti yang dikehendaki
dibawah Peraturan 15(h).
“Rang undang-undang kerajaan bawah Peraturan 15(j) dibentangkan sejurus
selepas jawapan lisan dan ini jelas melanggar Peraturan 15,” katanya –
seterusnya
Datuk Jaharah Hamid juga berkata bahawa tidak pernah dalam sejarah DUN
sejak zaman TS Wong Pow Nee, Tun Dr Lim Chong Eu dan TS Dr Koh Tsu Koon,
Peraturan 15 ini dilanggar.
Pembangkang juga riuh tentang isu kenaikan tol yang kononnya bercanggah
dengan manifesto PRU-13. Mereka lupa dengan isu di bawah:
Jahara Hamid juga pernah menyelar keputusan Speaker DUN Pulau Pinang
kerana menggantung sesi DUN yang beliau sifatkan sebagai “hukuman mati
ke atas demokrasi”. Sesi digantung kononnya untuk menjimatkan masa
Untuk rekod, Lim Guan Eng DAP telah diarah membayar RM500,000 kerana
mulut celupar beliau menggelar Datuk Jaharah Hamid sebagai nenek rasis.
Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Nordin Hassan yang membuat
keputusan itu turut mengarahkan Guan Eng membayar kos guaman sebanyak
RM40,000 berserta faedah sebanyak lima peratus.
Selain itu, Nordin turut mengarahkan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung
DAP yang belum disahkan jawatannya, menarik balik gelaran terhadap
Jahara selain mengeluarkan injunksi menahannya daripada mengulangi
kata-kata fitnah
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment