Sunday, October 25, 2015
Otak Pemimpin PR Macam Nilah...... Parlimen Bukan Sarkas, Tegas SSK
KUALA LUMPUR : Tindakan memalukan Parlimen oleh pembangkang
semalam amat memalukan dan perkara seumpama itu tidak seharusnya berlaku
demi menjaga tatakerja sebagai ahli parlimen.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata,
pembangkang bersikap kebudak-budakan dan tidak matang dengan mengangkat
plakad 'Mana RM2.6 Bilion' sejurus selepas Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak selesai membentangkan Bajet 2016.
“Mereka bukan sahaja tidak hormat kepada Perdana Menteri tetapi juga tidak menghormati badan agung Parlimen.
“Kami bukan sahaja perlu mematuhi etika berpakaian di Parlimen tetapi
juga dari segi tatalaku. Parlimen tidak patut dijadikan sebagai sarkas,”
tegas beliau
Sementara itu, mengulas mengenai isu kad top up yang diumumkan oleh
Perdana Menteri semalam, Salleh berkata kementeriannya menerusi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan mencari mekanisma terbaik
dalam menangani isu tersebut.
“Oleh kerana pelaksanaan mekanisme baharu itu akan hanya bermula pada 1
Januari 2016, buat sementara waktu, sehingga 31 Disember 2015, kaedah
sama bagi bayaran GST akan digunakan, iaitu GST sebanyak 6 peratus akan
dicaj kepada pengguna,” ujarnya.
Semasa membentangkan bajet itu, Najib berkata pengguna Malaysia akan
dibayar rebat bagi kad prabayar telefon bimbit yang bersamaan dengan
amaun GST yang telah dibayar berkuat kuasa 1 Jan, 2016 hingga 31 Dis,
2016.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment