Sunday, October 25, 2015
Syabas Kerajaan BN.... Syarikat Telco Sambut Baik Keputusan Kerajaan Tawar Rebat
KUALA LUMPUR : Syarikat telekomunikasi (Telco) hari ini menyambut baik
keputusan kerajaan menawarkan rebat bagi amaun yang dibayar untuk Cukai
Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi perkhidmatan telefon mudah alih
prabayar berkuat kuasa 1 Januari hingga 31 Disember 2016.
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Bhd, Datuk Seri Shazalli Ramly
berkata syarikat menyokong keputusan kerajaan berhubung layanan GST ke
atas kad prabayar mudah alih.
Beliau berkata syarikat mendukung kepada keutamaan kerajaan untuk memelihara kebajikan pengguna.
Maxis Bhd berkata syarikat akan berbincang mengenai mekanisme
pelaksanaannya dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Digi, Albern Murty berkata
pihaknya akan bekerjasama rapat dengan kementerian mengenai pelaksanaan
pengumuman tersebut.
Pengarah Eksekutif Kanan GST Grant Thornton Malaysia, Lorraine Parkin
berkata pengguna akan berasa gembira dengan keputusan tersebut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment