Thursday, October 01, 2015
Portal Pro-Pembangkang Menyiarkan Kenyataan Tidak Tepat Oleh PM Najib Razak.. Lagi Buat BODOH PR Ni !!
Portal pro-pembangkang menyiarkan kenyataan tidak tepat oleh PM Najib
Razak mengenai bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack
Obama.
Menurut PM Najib, dengan bermain golf dengan Presiden Obama membolehkan
beliau bertukar pandangan lebih 4 jam mengenai Malaysia dan ASEAN kerana
Malaysia memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN ketika ini.
Portal pro-pembangkang, The Malaysian Insider (TMI) dan Malaysiakini
memberitakan seolah-olah PM Najib dengan angkuhnya mengaku bahawa hanya
beliau saja sebagai PM bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat
sedangkan apa yang hendak disampaikan adalah sebaliknya. Hubungan 2 hala
yang baik dengan kuasa besar itu membolehkan hubungan diplomatik dan
ekonomi antara Amerika dan ASEAN dapat diperkukuhkan.
Adakah TMI dan Malaysiakini gagal untuk melihat kepentingan hubungan
tersebut, dan lebih suka menyiarkan berita yang tidak tepat mengenai PM
Najib dan kerajaan?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment