Monday, October 26, 2015
Puji Guan Eng : Parti Amanah Cuma Meneruskan Kesinambungan Kempen PAS Membela DAP
Bukan main lagi pemimpin PAS menyindir bila mana
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayud memuji dan
mendewa-dewakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai pemimpin
yang mampu menyelamatkan negara.
Kata Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin
Aman Razali, parti serpihan PAS itu kerjanya hanya mengikut kehendak
DAP disamping mempromosikan parti chauvinis Cina itu.
“Pertama saya nampak memang parti serpihan PAS ini menjadi pengikut
kepada DAP, kerjanya mempromosi DAP dan memang tidak peliklah apabila
saudara Salahuddin pun mempromosi Lim Guan Eng,” katanya dipetik dari
Mstar Online hari ini.
Bunyinya macam PAS berasa cukup rimas dan meluat dengan pendewaan
pemimpin PAN kepada DAP. Kalau PAS tak katakan begitu pun, umum memang
tahu taraf PAN yang diketuai Mat Sabu, memang dah tertulis takdirnya
untuk jadi balaci DAP.
Namun membaca kenyataan Khairuddin, membuatkan penulis tertanya-tanya
apakah beliau sudah lupa peranan yang dimainkan oleh PAN sekarang
sebenarnya adalah kesinambungan kepada kempen PAS dalam mencantikkan
imej DAP sejak 1998 lagi.
Pemimpin PAS pernah mendewakan Lim Guan Eng yang diibaratkan
meyerupai pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Tak sedikit penyokong
PAS teruja dengan DAP gara-gara gelaran khalifah tersohor umat Islam
itu.
Siapa pun takkan lupa beberapa tahun dulu ada seorang pemimpin PAS
berbesar hati mendoakan kesejahteraan Lim Guan Eng dalam doanya ketika
khutbah Jumaat di Pulau Pinang. Macam-macam alasan PAS berikan untuk
menghalalkan doa tersebut.
Malah dalam kebanyakan kempen PRK dan PRU dari 1998 hingga 2014, PAS
tanpa segan silu membiarkan sahaja penyokongnya mengusung bendera DAP
semata-mata nak membiasakan penerimaan batang tubuh DAP di kalangan
penyokongnya. Promosi dan kempen psikologi yang cukup berkesan.
Bekas Mursyidul Am PAS, arwah Nik Aziz sendiri suatu ketika dulu
semasa berkempen untuk DAP dalam PRk Sibu 2010 pernah mendakwa
perjuangan PAS telah berjaya apabila DAP semakin menerima Islam yang
diperjuangkan oleh PAS. Katanya tak salah mengundi DAP. Beranikah PAS
mencela kesilapan arwah Nik Aziz mempromosikan DAP?
Dan jangan lupa, PAS juga pernah mendabik dada bersedia menerima
bantuan syaitan hanya semata-mata nak membersihkan imej DAP yang
sebelumnya begitu buruk di mata penyokongnya.
“Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam
mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita
tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima.
Usahkan DAP, syaitan
pun boleh saya terima,” itu kata arwah Nik Aziz pada 24 Januari 1999
dulu.
Kini apa jadi? Syaitan yang pernah dialu-alukan oleh PAS untuk
menumbangkan Kerajaan Melayu Islam yang diterajui UMNO, sekarang
ternyata menjadi punca PAS terbelah dua melahirkan parti serpihan yang
dinamakan PAN. Nak salahkan siapa?
Jadinya sekarang, sebetulnya PAS tak perlulah rasa rimas atau
canggung dengan pendewaan pemimpin PAN pada DAP. Mereka hanya meneruskan
kesinambungan kesungguhan PAS dalam menyuci bersihkan imej DAP di mata
orang Melayu Islam.
Jika salah tindakan pemimpin PAN itu, terimalah hakikat pahit yang
dulunya selama lebih sedekad PAS terlebih dahulu telah bergelumang
dengan noda menjadi balaci setia untuk DAP.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment