Monday, October 26, 2015

Menjawab Muhyiddin Yassin

Dalam peperangan atau pertandingan atau perebutan, pihak yang merasakan dirinya kuat belum tentu dapat mencapai kemenangan. Manakala pihak yang ditindas, diperli , diejek dan dimomokkan jangan pula cepat rasa kecewa. Jika kita yakin kita berada di pihak yang benar, maka yakinlah kebenaran akan muncul dan pasti akan berpihak kepada kita. 
http://img.astroawani.com/2015-07/61438146544_950x600.jpg
Ada kalanya kita menang bukan kerana kita kuat, tapi musuh yang membuat silap kerana mereka terlalu ego. Ambillah kisah arnab mencabar kura-kura berlumba lari. 

Dalam keributan politik Umno yang sedang berlaku sekarang, kita sendiri boleh lihat bagaimana egonya Tun Dr Mahathir menyerang Najib sebelum ini. Serangan yang bertalu-talu. Najib tidak menjawab atau membuat serangan balas kepada Tun. Kemudian Najib dimomokkan oleh penyokong-penyokong mantan PM itu, kononnya Najib penakut, pengecut dan sebagainya. 

Di saat-saat Tun Mahathir sedang membina momentum agar orang-orang Umno bersama-samanya untuk menggulingkan Najib, tiba-tiba Allah buka pintu hatinya dan tunjukkan kepadanya jalan untuk ke Dataran Merdeka bersama-sama orang-orang DAP dan PKR. 

Kepercayaan, keyakinan dan penghormatan orang-orang Umno kepada beliau turun mendadak. Cakapnya sudah tidak dipercayai sepenuhnya lagi oleh orang-orang Umno. 

Oleh kerana cakapnya sudah tidak laku, beliau cuba menukar strategi untuk menampilkan Muhyiddin Yassin bagi menyerang Najib. Program-program jelajah Muhyiddin ke seluruh negara telah pun disiapkan. Program pertama yang diadakan di Johor Bharu pada Sabtu lepas. Program yang dirancang untuk menghentam Najib telah bertukar kepada program membersihkan nama Najib. Dan juga program memecah tembelang mereka sendiri.

Muhyiddin dalam program itu menceritakan bagaimana 1MDB memohon pinjaman RM 3 bilion kepada kerajaan. Perkara itu dibentangkan dalam kabinet dan kabinet menolaknya. 

Sepanjang krisis 1MDB ini berlaku, ayat yang paling popular dari mulut Tun Mahathir dan pengikut-pengikutnya adalah, “Najib salah guna kuasa, Najib rasuah dan Najib melakukan jenayah”. 

Sekarang Allah gerakkan lidah dan mulut Muhyiddin untuk menyatakan yang sebenar. 

Ternyata tuduhan-tuduhan mereka terhadap PM selama ini hanyalah fitnah semata-mata. 

Datuk Seri Najib tidak menyalahgunakan kuasa beliau sebagai PM. Setiap permohonan dibawa ke kabinet dan diputuskan dalam kabinet. Jika kabinet menerimanya maka itu keputusan kabinet. Jika kabinet menolaknya maka PM pun perlu akur. Adakah ini dinamakan salah guna kuasa? Terima kasih Tan Sri Muhyiddin kerana menyatakan yang sebenar.

Tidak cukup dengan itu, dalam program di Johor Bharu itu juga Muhyiddin mendedahkan bagaimana perancangan beliau dan Tun Mahathir untuk menjatuhkan Tun Abdullah Badawi sebagai PM. Apa yang diceritakan oleh Muhyiddin itu mendedahkan kepada kita sikap sebenar Tun Mahathir. 

Walaupun tidak lagi menjadi PM tetapi beliau cuba bertindak sebagai godfather untuk menentukan siapa yang bakal naik atau turun sebagai PM. Orang yang naik pula mesti ikut segala arahannya. Tidak mengikut arahannya orang itu akan dijatuhkan. Itulah yang sedang berlaku kepada Najib sekarang. 

Terima kasih Tan Sri Muhyiddin kerana membuka rahsia itu. Sejarah telah membuktikan bagaimana mereka berdua berkomplot untuk menjatuhkan Tun Abdullah. Jadi kita tidak perlu pelik dengan apa yang berlaku sekarang. 

Mereka cuba mengulangi apa yang pernah mereka lakukan sebelum ini. Hentikanlah daripada mempercayai mereka kononnya mereka berjuang kerana sayang parti, sayangkan agama dan negara. Mereka sebenarnya adalah binatang-binatang politik yang rakus yang tidak pernah puas dengan jawatan dan kuasa yang ada. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment