Tuesday, October 27, 2015
Saifuddin Beri Tiga Sebab Tinggalkan UMNO
Saifuddin memberi
tiga sebab kenapa beliau meninggalkan Umno, rasisme, model politik
ketinggalan zaman serta dakwaan skandal-skandal parti. Beliau turut
mengaku bahawa walaupun mustahil mencari parti yang seratus peratus
bersih, sekurang-kurangnya ia tidak terbeban dengan skandal yang berat.
Bagi Saifuddin, komponen yang ada di
dalam Pakatan Harapan seolah bersih dari apa yang beliau cari dalam
sebatian politik dengan dirinya. Mungkin Saifuddin tidak menganggap DAP
sebagai sebuah parti yang rasis walaupun tidak sampai 10% pemimpin
Melayu di dalamnya.
Mungkin juga Saifuddin tidak meletakkan
kes liwat yang Anwar terbukti bersalah sebagai skandal yang merosakkan
nama parti pujaan Saifuddin. Lebih teruk dari itu, Saifuddin tidak mampu
untuk melihat siapa dan kenapa parti PAN yang diketuai oleh Mat Sabu
ditubuhkan.
Model parti sebagaimana yang Saifuddin cuba terangkan demi
menutup kerakusan nafsu gila kuasa yang bersarang di dalam dirinya
sendiri.
Ganjaran khas untuk Saifuddin menyertai
parti miloik keluarga Anwar Ibrahim ialah jawatan Setiausaha gabungan
Pakatan Harapan yang mana menyamai taraf jawatan Setiausaha Agung parti
politik. Mungkin bagi Saifuddin, jawatan setinggi ini beliau tidak akan
mampu duduki sekiranya beliau masih lagi di dalam UMNO.
Saifuddin juga dilihat cuba menyalahkan
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan berkata Najib
kini bukan pemimpin sederhana, neutral atau progresif lagi seperti
sebelum ini. Dalam cubaaan mengalihkan perhatian masyarakat kenapa
beliau meninggalkan UMNO ini juga Saifuddin menyatakan bahawa perubahan
Najib di dalam halatuju pemusatan kepimpinan adalah kerana sokongan kaum
Cina yang teruk kepada Barisan Nasional.
Mungkin Saifuddin lupa bahawa ‘dunia
Temerloh’ tidak sebesar yang beliau sangkakan.
Kemungkinan juga
Saifuddin beranggapan segala apa yang beliau lakukan ketika menjadi
wakil rakyat parlimen di sana tidak akan sampai ‘kedengaran’ di tempat
lain.
Hanya Saifuddin dan penciptaNya sahaja
yang tahu kenapa dan dengan perjanjian apa yang menyebabkan beliau
mengambil masa yang lama untuk meninggalkan UMNO.
Apakah ada permintaan
peribadi yang Perdana Menteri tidak penuhi atau apakah ada tawar menawar
yang melibatkan wang ringgit antara Saifuddin dan Wan Azizah
memandangkan Saifuddin bukanlah bekas Timbalan Menteri yang sengkek.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment