Tuesday, October 27, 2015
Saya Tak Bercium, Sila Tunjuk Bukti - Fara Mendoza
KUALA LUMPUR : Pelakon Fara Mendoza menafikan yang dia bercium
dengan penyanyi baharu Zwenstar sewaktu menjalani penggambaran klip
video penyanyi berkenaan di Putrajaya, baru-baru ini.
Fara, 25, ketika dihubungi menjelaskan, memang ada adegan berpeluk
dengan penyanyi lagu ‘Ku Tahu’ itu tetapi tidak ada babak bercium
seperti yang dipaparkan di Instagram yang menggunakan nama akaun
miss_kepoh1 hari ini.
“Saya tak tahu apa tujuan individu itu memuatkan foto saya sebegitu
dengan kapsyen (keterangan gambar) yang menjatuhkan maruah saya dan
keluarga. Penggambaran itu dilakukan di sebuah taman terbuka yang ramai
orang lalu lalang di situ, tak mungkin saya melakukan perkara sebodoh
itu,” katanya.
Fara berkata, dia masih tahu batasan sebagai penganut agama Islam dan
berpendapat gambar itu diambil secara curi menggunakan telefon bimbit.
“Satu saja saya pinta, tolong tunjukkan bukti kalau benar saya melakukan
perkara seperti yang didakwa oleh orang itu. Saya juga sedang menyiasat
perkara ini dengan pihak produksi untuk mengetahui macam mana perkara
ini boleh berlaku.
“Kalau saya dapat selesaikan masalah ini dan tahu siapa yang tidak
bertanggungjawab menyebarkan foto itu, saya pasti akan mengambil
tindakan,” katanya tegas.
Fara atau nama sebenarnya Noor Faralina Md. Yunus berkata, dia menerima
tawaran menjadi gadis klip video untuk lagu ‘Ku Tahu’ dendangan Zwenstar
daripada juru solek Epie Temerloh.
“Saya memang kenal Epie dan bila dia tanya mahu tak muncul dalam klip
video Zwenstar, saya setuju kerana kagum dengan Zwenstar sebab dia yang
cipta dan tulis lirik. Lagu itu memang ada jalan cerita dan diarah oleh
produksi, Fuyyoo Pictures.
“Penggambaran dilakukan selama tiga hari dan terasa seperti berlakon
drama pula. Saya mula menjalani penggambaran sehari selepas kemalangan
iaitu pada 17 Oktober lalu. Saya selesa berlakon dalam klip video itu
dan yang pasti tidak ada adegan bercumbu seperti yang didakwa oleh
individu yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya.
Tegas Fara, dia memang terkilan dengan fitnah yang disebarkan dan yakin
individu yang tidak bertanggungjawab itu sengaja mahu memalukannya,
tambahan pula sebelum ini namanya sering dikaitkan dengan cerita-cerita
kontroversi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment