Tuesday, October 27, 2015
Kuat Batu Api Dia Ni.... Kit Siang Dakwa Individu Berkomplot Jatuhkan Najib Akan Diburu, Didakwa
KUALA LUMPUR : Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendakwa
sekumpulan individu akan disiasat dan dikenakan tindakan di bawah
Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana berkomplot menjatuhkan kerajaan
demokratik di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak.
Kit Siang membuat dakwaan itu melalui satu entri melalui laman blognya
pada 23 Oktober lalu yang turut menyertakan senarai nama individu yang
terlibat.
Beliau mendakwa, senarai itu yang merupakan antara manifestasi hendak
dibawa ke Parlimen diperoleh melalui sebuah laman web pada hari sama
Najib melucutkan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie
Apdal dan Tan Sri Abdul Gani Patail.
Dalam senarai itu, empat individu dari Bank Negara didakwa terlibat
iaitu Gabenornya, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; Timbalan Gabenor, Datuk Nor
Shamsiah Mohd. Yunus; Pengarah Pentadbiran Pertukaran Asing, Shamsuddin
Mohd. Mahayidin dan Pengarah Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan,
Abdul Rahman Abu Bakar.
Dua individu dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut
didakwa terlibat iaitu Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri
Mohd. Shukri Abdull dan Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas, Datuk
Tan Kang Sai.
Individu-individu lain yang turut disenaraikan ialah Ahli Lembaga
Penasihat Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Datuk Rashpal Singh dan
Ketua Pasukan Petugas Khas Sekretariat, Jabatan Pentadbiran dan
Kewangan, Jessica Gurmeet Kaur.
Pengerusi Eksekutif The Edge Communications Sdn. Bhd., Dr. Tong Kooi
Ong; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Penerbit The Edge
Communications Sdn. Bhd., Ho Kay Tat; pengasas dan pengendali The
Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan Setiausaha Publisiti
Kebangsaan DAP, Tony Pua turut disenaraikan.
Kit Siang mendakwa, mereka yang disenaraikan itu akan diburu dan
disiasat di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman
penjara sehingga 20 tahun oleh Ketua Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia
(PRDM) iaitu Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dan Peguam Negara, Tan Sri
Mohamed Apandi Ali.
Kit Siang pada Khamis lalu digantung selama enam bulan daripada
menghadiri sidang Dewan Rakyat ekoran keengganannya meminta maaf dan
menarik balik kenyataan yang menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan
Sri Pandikar Amin Mulia.
Sehari sebelum digantung, Ahli Parlimen Gelang Patah itu didakwa menuduh
Pandikar menggunakan kuasanya untuk menangguhkan Mesyuarat Jawatankuasa
Kira-Kira Wang Negara (PAC), sedangkan kuasa itu tidak dinyatakan dalam
mana-mana Peraturan Mesyuarat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment