Tuesday, October 27, 2015
Bukan Kita Tidak Kenal Siapa Nurul Sebenarnya..... Tokok Tambah Cerita Adalah
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah dalam satu kenyataan media mendesak pihak
berkuasa menghentikan dan mengecualikan Ahli Parlimen dari siasatan dan
dakwaan yang bersabit dengan kesalahan di bawah Akta Hasutan.
“Kami menggesa pihak berkuasa untuk menghentikan siasatan terhadap ahli-ahli Parlimen yang masih disiasat di bawah Akta Hasutan.
“Mereka ini (ahli Parlimen) hanya melaksanakan tugas mereka untuk
memastikan kerajaan sentiasa telus dalam mengurus tadbir negara,” kata
Nurul Izzah dipetik dari portal Sinar Online.
Kenyataan Nurul Izzah seperti membawa maksud kalau seseorang Ahli
Parlimen disyaki melanggar undang-undang, maka pihak terlibat termasuk
polis kena diam-diam sahaja, jangan disiasat dan jangan hukum kalau
didapati bersalah.
Biarkan sahaja sebab yang terlibat itu Ahli Parlimen. Hanya kerana
mereka orang besar yang menggubal undang-undang di Dewan Rakyat dan
bertugas memerhati perjalanan urus tadbir negara, maka perlu ada
pengecualian istimewa untuk mereka.
Wajar dan adilkah begitu?
Realitinya gesaan anak perempuan Anwar Ibrahim itu sebenarnya lebih
mencerminkan ego seorang Ahli Parlimen pembangkang yang merasakan
dirinya terlalu besar untuk disentuh pihak berkuasa dan perlu bebas
serta kebal dari segala tindakan.
Patutlah dalam kebanyakan isu sensitif termasuk hal ehwal agama orang
Melayu Islam, hak istimewa Bumiputera, Kalimah Allah dan banyak perkara
sensitif lain sengaja dijolok-jolok sesuka hati mengundang kontroversi,
rupanya sebab sebahagian besar Ahli Parlimen pembangkang terasa kebal
dan tak tertakluk pada undang-undang.
Ya, betul dalam perkara tertentu ada kekebalan undang-undang untuk Ahli
Parlimen terutama ketika di Dewan Rakyat, tapi itu bukan lesen untuk
mana-mana Ahli Parlimen main hentam keromo melanggar undang-undang
sesuka hati apatah lagi menggesa sesuatu siasatan dihentikan.
Ada batasnya. Kita semua tertakluk pada undang-undang, sekalipun
seseorang itu Ahli Parlimen, kalau ada laporan dan siasatan dijalankan,
biarkan sahaja prosesnya berjalan tanpa gangguan. Cukup bukti wajarlah
kena tindakan perundangan, tiada bukti selamatlah dari hukuman.
Ini tidak, baru jadi Ahli Parlimen pembangkang awal-awal lagi dah tunjuk
ego dan berlagak besar kepala minta dihentikan siasatan kes membabitkan
dirinya dan pembangkang yang lain. Kot kalau diberi peluang jadi
kerajaan, dah tentu memilih bulu dalam melaksanakan undang-undang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment