Tuesday, October 27, 2015
Tun Abdullah Dedah Perangai Sebenar Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dalam satu sidang media
beberapa tahun dahulu mendedahkan perangai sebenar bekas Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada
Kabinet pada Julai lalu.
Menurut Abdullah yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Lah berkata,
beliau tidak gemar dengan sikap yang ditunjukkan Muhyiddin yang
mengungkit kembali persetujuan yang telah termeterai ketika beliau mahu
melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.
Jelas Pak Lah, ketika beliau mahu melepaskan jawatannya kepada Datuk
Seri Najib Razak, beliau telah mendapat persetujuan diantara dirinya dan
Najib dan turut dipersetujui oleh ahli parti.
Namun, pada hari ini Muhyiddin tampil menggesa beliau untuk memungkiri
perjanjian yang telah termeterai hanya semata-mata untuk memenuhi
kehendak bekas timbalan perdana menteri itu yang mahu menjadi presiden
parti.
"Sudah ada persetujuan. Semua dah setuju. Najib dan saya sudah ada persetujuan dan dipersetujui oleh ahli parti.
"Saya amat tidak senang hati dengan cara macam ini. Dah setuju patuhlah
kepada persetujuan. Mengapa perlu mengajar orang untuk mengungkir
janji," kata bekas Perdana Menteri itu yang telah melepaskan jawatannya
pada tahun 2008.
Tambah Pak Lah, apa yang dikesal lagi dengan tindakan bekas timbalan
perdana menteri itu, cuba memecah-belahkan parti dengan membuat
kenyataan berbaur fitnah di luar negara.
"Sebenarnya Muhyiddinlah yang mencetuskan keretakan dalam parti dengan membuat kenyataan-kenyatan di Singapura," katanya.
Oleh itu, Pak Lah memberi peringatan kepada Muhyiddin agar kembali
landasan yang betul jika mahu menjadi presiden parti dan mengatakan
itupun kalau beliau dapat diterima oleh ahli.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment