Tuesday, October 27, 2015
1Bestari.Net: Muhyiddin Punca Guru Sokong Pembangkang?
Seperti yang umum tahu,
antara pembaharuan yang diperkenal Muhyiddin Yassin bila mengambil alih
jawatan Menteri Pendidikan pada 2009 ialah memperkenalkan sistem
1Bestari.Net ini. Perinciannya tidak perlulah diterangkan, boleh cari
sendiri, cuma nak disebutkan sistem ini telah membebankan guru-guru di
seluruh negara.
Mengajar pun kena buat, dalam masa yang
sama, guru-guru juga perlu membuat kerja kerani seperti memasukkan data
pelajar ke dalam sistem tersebut.
Tujuan tu memang baik tapi masalahnya
infrastruktur tidak lengkap lagi. Ramai guru mengeluh kerana sistem ini
memakan masa mereka akibat talian yang sibuk bila terlalu ramai guru
nak memasukkan data pada masa yang sama. Ironinya, penyedia
perkhidmatan bagi sistem ini adalah kroni Mahathir, tuan baru Muhyiddin
sekarang.
Lama-kelamaan, keadaan ini telah
menyebabkan guru-guru membenci kerajaan kerana dilihat cuba menyusahkan
mereka, dan seperti mana biasa bila rasa dah tak boleh nak minta tolong
sesiapa, para guru-guru ini mengalihkan perhatian kepada pembangkang
untuk mendesak kerajaan, bukan sebab sokong pembangkang sangat pun.
Maka itu, institusi perguruan yang dulu
terkenal menghasilkan pemimpin hebat UMNO seperti Tan Sri Isa Samad dan
lain-lain, akhirnya bertukar menjadi lubuk pembangkang. Lebih teruk
lagi ada yang mengambil peluang memburukkan kerajaan dalam masa yang
sama, terhasillah generasi kurang ajar yang ramai kita lihat hari ini.
Semuanya dipercayai ada kaitan dengan
kemarahan para guru akibat sistem 1Bestari.Net yang Muhyiddin
perkenalkan. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesahkan
bahawa sistem ini gagal walaupun berbilion ringgit telah dihabiskan
untuk tujuan tersebut.
Malangnya sehingga kini, kita tidak
pernah mendengar Muhyiddin tampil ke hadapan PAC untuk memberikan
penjelasan, sekalipun dialah antara yang begitu prihatin dalam isu 1MDB –
yang juga sekarang berada di bawah siasatan PAC.
Nasib baik tindakan bijak Datuk Seri
Najib Tun Razak melantik Datuk Seri Mahadzir Khalid sebagai Menteri
Pendidikan yang baru bagi menggantikan Muhyiddin telah mula menampakkan
sinar untuk para guru-guru. Cadangan Mahadzir agar kerajaan
memperkenalkan jawatan pembantu guru, dilihat baik dan jalan keluar
kepada dilema yang dihadapi golongan pendidik.
Dalam masa yang sama, sistem yang
menelan billion RM wang rakyat ini tidak perlu dibuang cuma perlu
penambah baikan, terutama bahagian infrastruktur talian itu. Mungkin
penyedia perkhidmatan sekarang perlu diganti dengan yang lebih berwibawa
seperti TM dan sebagainya.
Kenapa Muhyiddin bagi pada syarikat kroni Mahathir ini dulu, sudah tak jadi tanda tanya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment