Sunday, October 25, 2015
Bangangnya Lim Guan Eng Ni..... Katanya "Bajet Tutup Skandal"
KUALA LUMPUR : Bajet 2016 dilihat tidak berupaya untuk meningkatkan
ekonomi negara serta mengukuhkan nilai Ringgit, demikian menurut Ketua
Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Ahli Parlimen Bagan itu berkata, pendirian kerajaan untuk meneruskan
pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang mula diperkenalkan
pada April lalu akan terus membebankan rakyat.
"Bajet ini tidak menyelesaikan keseluruhan masalah negara. Sepatutnya
hapuskan GST, selesaikan skandal 1MDB selain isu derma RM2.6 bilion,
jelaskan semua ini demi mendapatkan kepercayaan rakyat.
"Saya andaikan bajet ini untuk tutup skandal yang dihadapi dan tidak
beri kesan baik dalam jangka masa panjang kepada rakyat,” katanya
katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Jumaat.
Mengulas mengenai inisiatif yang diberikan kerajaan termasuk penambahan
kadar sifar GST ke atas beberapa barangan tertentu, Guan Eng
bagaimanapun berkata, ia bukan penyelesaian terbaik bagi mengatasi
masalah ekonomi rakyat.
"Penurunan nilai mata wang sebenarnya adalah kerugian negara. Kalau itu
boleh diselesaikan, saya pasti bajet ini boleh menjadi lebih baik lagi
dan rakyat menerima faedahnya.
"Walaupun pemberian tertentu ditingkatkan, namun tetap mengalami kejatuhan nilai ringgit dan GST,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment