Sunday, October 25, 2015
PR Otak Letak Kepala Lutut Kot.. Bajet 2016 : Zahid, Khairy Bidas Plakad Dana RM2.6 Bilion
KUALA LUMPUR : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi
membidas tindakan pembangkang yang membawa plakad mempersoalkan derma
politik RM2.6 bilion.
Dr Ahmad Zahid pada Jumaat berkata, langkah itu menunjukkan Pakatan
Harapan kekurangan input, seperti yang ditunjukkan dalam bajet
alternatif mereka pada Khamis.
"Tahun lepas, semasa pembentangan Bajet, mereka membawa bajet alternatif mereka," katanya.
Dr Ahmad Zahid memberitahu pemberita di lobi Parlimen bahawa langkah itu
menunjukkan tahun ini, mereka tidak mempunyai apa-apa input yang baik
untuk meningkatkan hasil dan perbelanjaan negara.
Terdahulu, bangku pembangkang telah memaparkan sepanduk yang berbunyi
'Dimanakah RM2.6 bilion' sebaik sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak membuat kesimpulan ucapan Bajet 2016.
Walau bagaimanapun, berdasarkan foto yang dikongsi secara meluas di
media sosial, beberapa ahli Parlimen pembangkang - khususnya daripada
PAS tidak dilihat memegang sepanduk itu.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak
bersetuju dengan apa yang dilakukan ahli Parlimen pembangkang pada akhir
pembentangan Bajet 2016.
Dalam tweetnya pada Jumaat, Khairy berkata, tidak salah untuk ahli
Parlimen pembangkang membantah isu RM2.6 bilion yang didakwa telah
dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.
Bagaimanapun, beliau tidak berpuas hati dengan cara ia disuarakan.
"Tak salah tanya. Saya yakin ramai bangkitkan dalam perbahasan mingu depan. Tapi ini bukan caranya. Parlimen bukan pasar.
Dalam tweetnya yang lain pada Jumaat, Khairy menegaskan bahawa tidak
semua Ahli Parlimen pembangkang terlibat dalam tunjuk perasaan itu
"Tidak semua. Saya menghormati ahli Parlimen PAS kerana tidak
menyertainya. Apa sahaja yang difikirkan seseorang, ucapan belanjawan
tidak harus berakhir seperti ini."
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment