Monday, October 26, 2015
Baru Tahu Ke?? PAS : AMANAH Terpaksa Bergantung Kepada DAP
KUALA LUMPUR : Pas tidak hairan sekiranya Parti Amanah Negara (Amanah)
terus? mengangkat nama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana parti
itu didakwa sudah sedia maklum telah mengikut telunjuk DAP.
Ahli Parlimen Kuala Nerus dari Pas, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman
Razali At- Takiri berkata, oleh yang demikian Amanah tidak perlu
‘malu-malu’ untuk menonjolkan pendirian sebenar mereka.
"Pertama saya nampak memang parti serpihan Pas ini menjadi pengikut
kepada DAP, kerjanya mempromosi DAP dan memang tidak peliklah apabila
saudara Salahuddin pun mempromosi Lim Guan Eng,” katanya kepada
pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub yang
berkata Guan Eng adalah contoh tokoh politik mewakili masyarakat bukan
Islam yang mampu menyelamatkan negara.
Salahuddin berkata, Guan Eng adalah contoh mewakili orang bukan Islam kerana mempunyai integriti.
Susulan daripada itu, Mohd Khairuddin meminta supaya orang Islam
berhati-hati dengan permainan politik yang dilihat membelakangkan
perjuangan Islam.
“Dalam kaedah Islam, kita (Pas) ada prinsip, kekuasaan dan penguasaan
mestilah didominasi oleh orang Islam, barulah kita menolak idea (Baru
Bian) sebagai Ketua Menteri (sebelum ini).
“Sebab dia bercanggah dengan Islam, tidak boleh kita jatuhkan seorang
pemimpin Islam walaupun dia tidak mengikut Islam sepenuhnya digantikan
dengan Ketua Menteri yang bukan Islam.
“Kaedah Islam ialah mesti difahami bahawa Pas tidak akan memainkan isu
ini, jadi inilah yang membezakan kita dengan parti-parti lain” jelasnya.
Beliau berkata, Amanah sudah mula akur kelemahan parti itu yang tidak
mempunyai jaminan untuk menang di dalam pilihan raya akan datang.
Beliau turut memberitahu pimpinan Amanah bukanlah pilihan yang tepat untuk orang Islam memberi undi kepada mereka.
“Itu lemah semangat maknanya (apabila mereka kata mereka tidak akan
menang dalam pilihan raya akan datang), kita sebagai orang politik perlu
kuat semangat dan tidak boleh lemah semangat.
“Jadi saya merasakan bahawa mereka tidak ada sokongan, saya sebutkan di
sini contohnya macam PKR yang begitu lama dalam politik pembangkang yang
lebih 10 tahun pun tidak mempunyai sokongan yang kuat di peringkat akar
umbi, jadi apakan lagi dengan serpihan Pas ini,” katanya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment