Tuesday, October 27, 2015
Facebooker Dakwa Shahidan Kassim Penipu
KUALA LUMPUR : Kebanyakan facebooker mendakwa Datuk Seri Shahidan
Kassim sebagai penipu apabila memuat naik kenyataan statusnya di media
sosial tidak seperti dengan apa yang berlaku dalam majlis ceramah oleh
Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin yang disampaikan baru-baru ini.
Ceramah yang sepatutnya berkaitan pasukan pengurusan bencana negara
dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) bertukar menjadi medan politik yang
disifatkan facebooker sebagai ceramah memfitnah kepimpinan negara,
mufti-mufti negeri, Sultan serta Ahli Lembaga Tabung Haji.
Terdahulu, Shahidan memuat naik status berkisar insiden yang berlaku di majlis ceramah tersebut.
“Ceramah agama diJabatan Perdana Menteri. Semua berjalan dengan elok
dimana Pasukan Pengurusan Bencana Negara diperlengkapkan dengan ilmu
agama. Semasa soal jawab muncul seorang yang tidak berundang bangun
mengkritik Dr Asri tentang POSTING dalam fb.
“Dia kritik Dr Asri kerana puji GBN.. Dr Asri tanya balik adakah
salah saya puji GBN?…celaru kalau kalau tukang pukul muncul dalam majlis
tidak berundang dalam jawaban Dr Asri puji GBN bererti puji kepimpinan
negara.
“Kepada rakyat Malaysia, saya ada cara tersendiri untuk selesaikan
masalah Negara… Captain kapal kena terus kemudi kapal dalam ribut dan
taufan,”tulisnya.
Bagaimanapun, rata-rata yang menonton video rakaman ceramah
tersebut serta yang hadir di majlis berkenaan meninggalkan komen
mempertikaikan kenyataan Shahidan.
Seorang pelayar facebook, Faisal Bin Roban memberi komen dan
mendakwa, Shahidan membohong kerana dia sendiri hadir ke majlis tersebut
dan mendengar sendiri kenyataan yang tidak betul diperkatakan Dr Asri
yang bertentangan dengan status yang dimuat naik Shahidan.
“Ds Shahidan bohong. Saya ada di majlis itu. Mana ada Asri kata puji
GBN bererti puji kepimpinan negara? Berpada-pada sikit DS, nanti orang
keluarkan video DS malu. Dalam program itu Asri sindir PM lagi adalah.
Dia kata adakala kepimpinan dahulu lebih baik kerana dari keluarga
susah. Kepimpinan sekarang pula anak orang senang.
“Tetamu yang tidak berundang itu bukan kritik asri kerana puji GBN.
Dia kritik asri kerana katanya perbicaraan kes 1MDB belum selesai…tapi
asri sebagai mufti dah jatuh hukum. Malah orang yang bertanya soalan itu
setuju dengan asri bahawa GBN kita adalah orang menjalankan tugas
dengan baik dan bagus. Ish…ish..ishhhh..watlah jauh sangat DS shahidan
lari topik ni. Sayang bebenor kat asri macam mengalahkan sayang kpd PM,”
komennya.
Seorang lagi pelayar facebook yang turut memberikan komen, “Soalan
penanya tersebut adalah prinsip menyiasat (tabayyun) sebelum menghukum.
Asri adalah mufti. Bukan kucing kurap walau kadangkala saya confuse
dengan sikapnya. Berkawan baik pula dengan menteri macam DS. Dalam kes
TH, Asri tidak menyiasat sebaliknya memohon ahli lembaga pengarah TH
dibicarakan dalam satu urusan urus niaga. Siap publish wajah mereka pada
ramai orang ia amat memalukan individu tersebut.
“Penanya soal kenapa Asri tidak tabayyun dulu dengan TH? Asri marah
dan kata penanya tersebut ingat mufti takde kerja lain ka? Penanya
tersebut kilas dengan kata, update media sosial memanjang ada time
pulak. Bagi saya apabila DS bela Asri, ia adlah cerminan DS gagal
mengawal Asri. sebaliknya Asri yang mengawal DS. Amat malang perkara
ini.
“DS sepatutnya berhenti membawa gunting dalam lipatan ke dalam
Jabatan Perdana Menteri. Saya cukup hairan kenapa DS sengaja membiarkan
diri tercemar atas onar yang sengaja dilakukan oleh Asri. DS…banyak lagi
ulama salafi yang bebas dari fitnah. Unsur memperlekehkan mufti negeri
lain juga jelas dilakukan Asri. Asri angkat dirinya sebagai mufti yang
tegur Anwar Ibrahim berundur. Dia sebut mufti2 saudara yang lain ada
buat? Apa maksud mufti2 saudara yang macam tak berani tu? DS..mufti2
lain tak pernah fitnah sultan orang lain, tak pernah gambarkan kerajaan
yang DS sendiri anggotai sebagai babi, tak pernah menghukum, menyebar
persepsi dan fitnah,”tulisnya.
Manakala seorang lagi pelayar, Shazuein Azmaini Azmil menulis, “macam
manala si Asri boleh jadi Mufti negeri pemerintah negara. Patut jadi
mufti negeri pembangkang kalau dah macam tu punya perangai. 1st time
jumpa mufti batu api dan kaki laga,”komennya.
Pelayar facebook, Mazita Na Mohd Yusop juga turut memberikan
pandangannya, “kita pun dah lama tgk post2 dari mufti tu macam mana
nakhoda boleh diamkan ajer sedangkan makhoda duk dalam saf
kepimpinan?,”katanya.
Manakala Umie Fatimah menambah, “boleh tak nasihatkan mufti tu supaya
jangan kritik suka2 dia dan ikut pandangan dia saja…kadang-kadang terlihat
Asri ni seolah-olah berpihak pada PAS.. kalau nak main politik eloklah letak
jawatan saja lawan Najib jika itu yang dia mahu,” tulisnya.
Sementara itu, Shahidan yang turut membalas komen facebooker dilihat
memberi amaran dan kemudiannya menyekat beberapa orang facebooker
daripada meninggalkan jejak dan komen di akaun facebooknya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment