Tuesday, October 27, 2015
Kedatangan Pelakon India, Rajinikanth Ke Malaysia Cetus Fenomena Di Media Sosial
KUALA LUMPUR : Pelakon bertaraf legenda dari
India, Rajinikanth tiba di Malaysia pada petang Isnin Rajinikanth
dijadualkan berada di negara ini selama sebulan untuk penggambaran
filemnya yang ke-159, Kabali.
Ia sekaligus mencetuskan fenomena tersendiri di laman sosial, dengan
hashtag seperti #rajinikanthinmalaysia dan #kabaliinmalaysia mula
membanjiri Facebook, Instagram dan Twitter.
Ramai juga yang berkongsi gambar ketibaan bintang itu di KLIA melalui laman sosial dan aplikasi sistem pesanan WhatsApp.
Penggambaran Kabali di Malaysia akan meliputi beberapa kawasan di sekitar bandaraya bersejarah, Melaka.
Diarahkan oleh Pa. Ranjith, Kabali akan turut menjalani penggambaran di beberapa bandar utama di Asia termasuk Bangkok dan Hong Kong.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment