Thursday, October 01, 2015
Inilah Dikatakan Cakap Tak Serupa Bikin.... Jika Wan Azizah Dapat Derma, Niatnya Tidak Ikhlas
Parti Keadilan Rakyat (PKR) terlalu kecoh bercakap mengenai derma
sebanyak RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak baru-baru ini.
Bagi mereka, derma yang diterima dibayangkan sebagai satu perkara teruk
yang dilakukan oleh Najib seolah-olah rakyat ditindas teruk kerana
menerima penerimaan duit tersebut walhal ia diberi oleh seorang dermawan
yang menyanjung tinggi peribadi Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia
yang berjaya.
Juga, mencerca Najib sebagai pemimpin yang tidak mempunyai nilai integriti berbanding pemimpin-pemimpin mereka.
Disebalik kata-kata cacian yang dilontarkan, rupanya Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebenarnya punyai rasa cemburu
jumlah derma yang diterima oleh Najib.
Perkara itu dizahirkan dan diperlihatkan oleh Wan Azizah sendiri ketika
mesyuarat tahunan PKR cabang Permatang Pauh pagi semalam.
Malah, kata-kata dalam ucapan Wan Azizah yang dipetik dari laporan Sinar
Harian Online, ia memperlihatkan niat hatinya yang boleh disifatkan
sebagai tidak baik atau tidak ikhlas sekiranya diri sendiri menerima
derma yang mungkin jumlahnya lebih besar.
Wan Azizah menyatakan sekiranya beliau menerima RM2.6 bilion, jumlah
tersebut akan digunakan untuk membeli kepercayaan pemimpin-pemimpin dari
parti-parti politik yang dikehendaki dan kepercayaan rakyat untuk terus
menyokong partinya selain mahu menjatuhkan PM melalui cara dengan
membeli undi
“Kalau kita ada RM2.6 bilion, mungkin ia akan membantu kita sebab itulah
cara ia (berfungsi),” beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita
selepas merasmikan mesyuarat tahunan PKR cabang Permatang Pauh,
“Bagaimana untuk dapatkan sokongan rakyat, itu dah satu hal. Kita tak
ada dana RM 2.6 bilion,” kata beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen
Permatang Pauh.
Dalam hal ini, Wan Azizah boleh dilihat dan dibaca sebagai seorang yang
cemburu dek kerana tidak menerima derma sebanyak RM2.6 bilion seperti
Najib.
Beliau banyak bercakap dan mengkritik Najib tetapi, percayalah,
sekiranya ada pihak-pihak yang baik hati dan dermawan mahu menderma
jumlah RM2.6 bilion atau lebih lagi dari itu, tidak hairan Wan Azizah
juga akan menerima dengan hati terbuka.
Wan Azizah pastinya akan senyap dari berbicara mengenai derma yang
diterima dan akan simpan jumlah derma yang diterima untuk kepentingan
diri sendiri. Siapa tahu?
Tidak susah sebenarnya Wan Azizah untuk menjadi pemimpin yang dilihat
oleh pemimpin luar sebagai seorang pemerintah yang produktif, berjiwa
rakyat dan baik hati demi rakyat negaranya hingga boleh diberi derma.
Caranya mudah dengan menjadikan Najib sebagai contoh dan mengikut
kepimpinan Najib. Cuma, Wan Azizah tidak dilihat oleh para dermawan di
luar negara yang boleh diberi derma. Bukan sahaja Wan Azizah, malah
Anwar juga tidak dilihat mempunyai ciri-ciri pemerintah yang punyai
personaliti positif.
Justeru itu, tidak usahlah Wan Azizah terus cemburu dan menyebarkan isu
Najib menerima derma RM2.6 bilion sekiranya dari awal lagi sudah terbit
dalam hati niat yang tidak baik kalau pun mendapat jumlah duit derma
yang banyak.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment