Monday, October 26, 2015
Pemuda Harap PAC Sambung Siasatan 1MDB, Tempat Terbaik Jelaskan Keraguan Dan Penyelesaian
KUALA LUMPUR : Pemuda UMNO berharap Jawatankuasa Kira-Kira
Wang Negara (PAC) dapat menjalankan sesi siasatan ke atas kontroversi
yang melanda 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setelah perlantikan
baru keanggotaan itu diumumkan hari ini.
Ketuanya Khairy Jamaludin berkata PAC adalah tempat yang paling
sesuai untuk menyelesaikan perkara berkenaan kerana ia adalah salah satu
komponen yang cukup penting dalan penjelasan dan penyelesaian terhadap
1MDB.
“Salah satu komponen penting dalam penjelasan dan penyelesaian 1MDB
ini adalah proses di peringkat parlimen iaitu proses menerusi PAC dan
ianya tempat paling sesuai isu ini diselesaikan sebab dalam PAC ada
wakil daripada pembangkang.
“Jadi apa jua ketetapan
daripada PAC, pembangkang tidak boleh kata bahawa ketetapan dan
penyelesaian itu adalah berat sebelah. Maka sangat penting hari ini pun
dah diumumkan ahli-ahli baru PAC dan Pemuda harap PAC dalat menjalankan
sesi siatan atas 1MDB supaya masalah ini dapat diselesaikan.
“Jadi bagi saya Pemuda telah buat ketetapan pada mesyuarat Exco yang
lepas bahawa kita beri ruang untuk penyelesaian dan penyelesaian itu
sudah bermula iaitu proses di parlimen, penjualan aset dan sebagainya
dan kita tengok apa hasilnya. Kita kena berlaku adil dalam soal ini
walaupun kita nyatakan pendirian tetapi kita setuju bahawa masa perlu
diberikan untuk penyelesaian,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini, hari ini.
Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) seterusnya
menambah dalam isu berbangkit seperti 1MDB mahu pun RM2.6 bilion,
siasatan itu biarlah dijalankan oleh badan yang bebas.
“Kita tidak boleh kata isu ini selesai. Kalau kerajaan kata isu ini
selesai atau UMNO kata selesai ada keraguan. Kita sendiri yang kata
tidak ada apa-apa masalah. Kita kena tunggu PAC buat ketetapan maka ada
kredibiliti. Bila agensi seperti SPRM ada buat ketetapan ada integriti
sebab pihak ketiga buat siasatan. Kita beri ruang kepada siasatan ini
diteruskan,” ujarnya lagi.
Anggota Parlimen Putatan Datuk Dr Marcus Mojigoh dan anggota Parlimen
Kota baru Datuk Takiyuddin Hassan antara lima yang dilantik sebagai
anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baru.
Menurut Penyata Khas Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat yang diedarkan
di dalam dewan hari ini, Dr Marcus dilantik bagi menggantikan Datuk
Madius Tangau (BN-Putatan), yang juga Menteri Sains, Teknologi dan
Inovasi.
Beliau merupakan antara empat anggota PAC dari Barisan Nasional (BN)
yang dilantik bagi menggantikan empat anggota PAC dari parti itu yang
dilantik sebagai timbalan menteri susulan rombakan kabinet pada 29 Julai
lepas.
Tiga yang lain ialah Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang menggantikan
Datuk Mas Ermieyati Shamsudin yang dilantik sebagai Timbalan Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan; Datuk Ir Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) yang
menggantikan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang kini Timbalan
Menteri Luar Negeri dan Datuk Datuk Koh Nai Kwong (BN-Alor Gajah)
menggantikan Datuk Chua Tee Yong yang dilantik Timbalan Menteri Kewangan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment