Wednesday, May 27, 2015
Hikayat Aristokrat Dan Soldadu-Soldadunya
27 MEI 2015
Kedengaran dari sebuah negeri di sebelah utara sana berbunyi
mendesah-desah bagaikan tidak puas hati apabila RMK ke-11 yang dibentang
baru-baru ini di Dewan Rakyat dikatakan tidak menyebut mengenai
‘lapangan terbang idaman’ yang dicanang meluas ke serata pelosok negeri
tersebut.
Meskipun dihadiahkan dengan pengumuman projek pembinaan keperluan
asas yang lebih penting demi rakyat, suara-suara sumbang dari utara itu
meroyan-royan merengek-rengek meminta ‘lapangan terbang istimewa’ itu
walaupun negeri itu sudah mempunyai dua lapangan terbang.
Begitulah reaksi anak-anak yang tidak dapat apa yang mereka
kehendaki. Merengek mahukan pistol mainan, tapi bila tidak diberikan
pistol yang dia mahu dan sebaliknya menghadiahkan buku tulis untuk dia
membuat latihan matematik, maka mengamuklah dia.
Dasar anak manja!
Mungkin dari kecil dia sudah dimanjakan bapanya. Mahu itu dan ini,
semua diberikan. Maklumlah, dia lahir di atas katil empuk dan bukannya
di atas jerami padi atau di atas tikar mengkuang. Maka lebih
mengada-ngadalah jadinya.
Cuma bila sudah dewasa, dia tidaklah merengek seperti kanak-kanak
‘kanyaq’. Dia hanya mendiamkan diri saja di sebalik tabir sambil
memerhatikan soldadu-soldadu buah catur permainannya meroyan-royan di
Facebook dan sebagainya, merengek meminta-minta.
Diberi amanah untuk mentadbir sebuah negeri, ramai yang mengharapkan
dia mampu menggalas tugas dengan baik. Malah ramai yang mengharapkan
yang terbaik darinya, termasuklah menunaikan semua manifesto pilihanraya
yang berlangsung genap tiga tahun dulu.
Lain yang diharap, lain yang dia buat. Soldadu-soldadunya ada jugalah
merengek tentang sebuah litar lumba yang dijanjikan dulu. Tapi entah
kenapa sampai tiga tahun pun litar berkenaan tidak dibina hingga
sekarang. Mungkin dia malas mahu mengadap Menteri Belia dan Sukan untuk
meminta peruntukan untuk litar berkenaan. Maklumlah, bukankah dia yang
dulu lantang hantar surat pada bapa mentua Menteri KBS suruh letak
jawatan.
Malulah…
Saya mempunyai beberapa orang rakan yang sememangnya anak jati di
negeri utara itu.
Khabarnya, dia sering berulang alik dari negeri
tersebut ke ibu negara setiap minggu untuk bertemu keluarga. Rupanya,
dia tidak angkut anak isterinya tinggal di negeri tersebut.
Begitu
rupanya…
Kenapa agaknya tidak membawa anak isteri sekali tinggal di negeri
tersebut? Sebab tiada butik-butik mewah untuk membeli belah? Tiada
international school untuk anak-anaknya bersekolah? Atau malas untuk
mendengar leteran isteri yang membingitkan telinga?
Padanlah sudah
kedengaran ‘soksek-soksek’ kurang enak mengenai keluarganya di sana…
Khabarnya juga, dia dikelilingi oleh panglima-panglima yang kalah
perang dan orang luar.
Panglima paling kanannya tiada kekuatan politik
di peringkat bahagian sekalipun. Malah hulubalang-hulubalangnya entah
apa jasa mereka ketika cuba merampas negeri itu dari menteri PASola.
Malah kini, dikatakan ramai yang teringatkan pemimpin sebenar yang
benar-benar mengepalai pasukan perang, yang disepak terajang selama lima
tahun, berhempas pulas mengatur pasukan perang, yang ketandusan dana,
dan akhirnya berjaya merampas Kedah pada tiga tahun dulu.
Mereka kata, dia hanya pula untuk mengambil kredit di saat akhir
dengan mengadakan perhimpunan baju merah di sebuah empangan. Kononnya,
dengan peristiwa itu dan nama yang dia bawalah maka tiba-tiba dia
dianggap punca utama menteri kerajaan PASola berjaya dijatuhkan.
Benarkah begitu?
Marah dengan tulisan ini? Jika marah, sila marah dulu pada ayahanda
yang terlebih dahulu mengada-adakan cerita persepsi tidak benar tentang
pemimpin negara. Sila marah dulu pada ayahanda yang bertindak luar
matang apabila bercerita mengenai isteri dan keluarga pemimpin negara.
Sila tegur dulu yang di depan mata sebelum berbunyi dengan lebih
lanjut. Sila tegur dulu pihak yang tunjuk ego tidak bertempat menghentam
membuta tuli. Sila tegur dulu pihak yang meminta-minta itu dan ini, dan
kemudian mengisytiharkan ‘perang’ apabila pemimpin negara enggan
menjadi bonekanya.
Dewasalah sedikit memandangkan usia yang lebih separuh abad. Sampai
bila mahu bertongkatkan ayahanda tercinta? Buanglah sifat anak manja
yang ada kerana ramai yang mahu melihat ketokohan dan kehebatan sebenar
yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Sampai bila?
Disediakan oleh : Cenderawasih (MediaUMNO)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment