Sunday, May 31, 2015
Rafizi Menipu, Kutip Dana Awam Tidak Sah – Ramesh Rao
28 Mei 2015, Kuala Lumpur : (Malaysian Gazette)
– “Saya sudah semak di halaman Bank Negara dan mendapati NOW tidak
mempunyai kebenaran untuk mengutip wang daripada orang awam. Dalam hal
ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dengan beraninya telah
melancarkan kutipan Dana Terkumpul Untuk Tutup 1MDB.”
Itu dakwa Presiden Pertubuhan Minda dan
Sosial Prihatin, Ramesh Rao yang menyifatkan Rafizi sebagai penipu yang
tidak boleh dipercayai setiap kata-katanya.
“National Oversight Whistleblowers atau
NOW sebenarnya bukan sebuah NGO (Badan Bukan Kerajaan) tetapi adalah
sebuah syarikat sendirian berhad yang mana Rafizi memegang jawatan
sebagai Pengarah Elsekutif.”
“Kutipan dibuat melalui orang ramai
bermula 21 Mei lepas dan kononnya untuk menutup 1MDB yang dia sendiri
sahaja yang tahu maksud dan tujuannya,” dakwanya ketika ditemui selepas
membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pagi tadi.
Kata Ramesh, dia mendapat tahu tentang kempen Rafizi itu melalui satu hebahan yang dibuat.
“Saya sengaja memasukkan duit dalam akaun NOW seperti yang dihebahkan untuk memastikan kewujudannya.”
“Apabila saya buat semakan, barulah
terbongkar rahsia NOW sebenarnya dan apa yang dikesalkan, Rafizi
mengatakan NOW adalah satu badan NGO sedangkan dia tahu bahawa NOW itu
adalah syarikat miliknya sendiri,” jelasnya.
Sehubungan itu, Ramesh meminta pihak
polis membuat siasatan segera ke atas Rafizi sebelum lebih ramai lagi
yang menjadi mangsa penipuannya.
Bercakap tentang jumlah kutipan yang
berjaya dikutip setakat ini, Ramesh berkata, hanya Rafizi sahaja yang
boleh memberi jawapannya.
“Dia kutip, dia sendirilah yang tahu sudah berapa banyak wang sudah didepositkan ke dalam akaun NOW,” ujarnya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment