Wednesday, May 27, 2015
Pulang Sahaja Dari Timur Tengah, Kini DAP Mampu Tarbiyah PAS
EDITOR MENULIS...
28 Mei 2015
Beberapa
bulan yang lalu, DAP telah mengorak langkah dengan mula memasuki
blok-blok pengundi baru, yang selalunya cukup dominan kepada PAS iaitu
Timur Tengah.
Berbekalkan alasan lawatan muhibbah, DAP
kini mempunyai akses untuk mempengaruhi blok-blok bakal pengundi dan
pemimpin masa hadapan untuk PAS. Saya percaya, DAP mensasarkan 2
perkara pokok. Pertama, samada meraih sokongan mereka untuk bersama-sama
DAP sekaligus bakal ditawarkan jawatan di dalam parti itu. Kedua,
mereka boleh menyertai PAS yang kemudiannya akan dibantu untuk menduduki
kerusi kepimpinan, sekaligus membantu DAP “menguasai” sekutu mereka
itu.
Perancangan masa hadapan ini sangat
penting kepada cita-cita DAP, dan penetapan “kunjungan muhibbah” ini
bakal dijadikan modus operandi mereka setiap tahun. Percayalah.
Merangkakan strategi ampuh, DAP tidak
memerlukan penerimaan secara besar-besaran, cukup dengan sekelumit ruang
untuk “menyuntik jarum berbisa” mereka kepada blok-blok yang selama ini
dikuasai oleh PAS.
Lim Kiat Siang berucap di Kelantan
menyanggah hudud, sementara Zairil Khir Johari berhujah tentang
ketidaksesuaian perlaksanaan hudud di Kelantan setelah pulang dari
“lawatan muhibbah di Timur Tengah”.
Apakah ahli PAS fikir, antara peluang yang diperolehi oleh Kit Siang, dan kenyataan Zairil itu adalah bersifat kebetulan?
DAP kini berbangga-bangga dalam soal
hudud, kononnya hujah mereka adalah berpaksikan lawatan ke atas 2 negara
di Timur tengah, lantas meletakkan isu hudud sebagai isu politik, dan
bukannya isu agama.
Tentunya ini merupakan sesuatu yang perlu
diperlu dijawab oleh PAS memandangkan isu Hudud antara isu yang lama
diperjuangkan oleh PAS. Apatah lagi kini sekutu mereka itu menggambarkan
seolah-olah lebih memahami Islam berbanding PAS.
Bukankah PAS yang harus mentarbiyah DAP?
PAS perlu ingat, bagaimana mereka
mengkafirkan UMNO dalam skala yang besar, yang akhirnya mengakibatkan
perpecahan yang serius di kalangan umat Islam. Salah satu puncanya
adalah isu Hudud itu sendiri.
Lim Kit Siang menyanggah hudud di
Kelantan, kubu kuat PAS. Zairil memecah tembok pengkaderan PAS di Timur
Tengah, dan tiba-tiba pula Mat Sabu mengeluarkan kenyataan agar budaya
kafir mengkafir perlu diberhentikan.
Bukanlah saya tidak bersetuju dengan
kenyataan Mat Sabu itu, tetapi sekadar menarik perhatian pembaca kepada
masa dan ketika isu ini dimainkan menjelang Muktamar PAS ke 61 yang
bakal berlangsung bulan depan.
Seperti satu kempen dengan strategi yang cukup licik.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment