Wednesday, May 20, 2015
MULIA GROUP Tidak Lagi Terbabit Dengan Individu Dikehendaki Interpol
20 Mei 2015, Kuala Lumpur : Perjanjian
urusniaga antara syarikat pemaju Indonesia – Mulia Group – dengan 1MDB,
dikendalikan sepenuhnya oleh presiden-pengarahnya Eka Tjandranegara,
kata syarikat itu kepada KINIBIZ dalam respons terhadap laporan mengenai
hubungan syarikat itu dengan seorang buruan Polis Antarabangsa
(Interpol).
Semalam KINIBIZ melaporkan kaitan antara Mulia Group dan Djoko
Tjandra, seorang buruan yang disenaraikan di laman web Interpol, yang
sebelum ini dinamakan sebagai pemilik Kumpulan Mulia.
Djoko adalah adik Eka dan telah disabitkan atas tuduhan rasuah pada
tahun 2009. Dia melarikan diri dari Indonesia sehari sebelum hukuman
dijatuhkan.
Dalam satu kenyataan Mulia Group melalui emel lewat hari ini, ia
menjelaskan bahawa Djoko tidak lagi memegang sebarang jawatan pengarah
atau memegang saham dalam kumpulan itu
“Oleh kerana Tjandra telah tidak lagi berkhidmat dengan Mulia Group, maka kami tidak tahu tentang aktiviti peribadinya.”
Dalam satu lagi kenyataan ringkas melalui emel lewat semalam,
syarikat pemaju itu berkata, perjanjian jual beli (SPA) untuk membeli
sebidang tanah di projek Tun Razak Exchange (TRX) milik 1MDB bernilai
RM665 juta, dikendalikan oleh Eka.
Katanya, keseluruhan transaksi dikendalikan oleh Eka bersama dengan
eksekutif Mulia Group, dan yang menurutnya, komited secara peribadi
terhadap projek tersebut dengan pengalaman luas kumpulan tersebut.
Dipetik daripada sumber : KINIBIZ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment