Sunday, May 24, 2015
MoF Menjawab Dakwaan Tun Mahathir
KENYATAAN AKHBAR
Kementerian Kewangan ingin menjelaskan bahawa jawapan bertulis Dewan
Rakyat yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun
Abdul Razak mengenai kedudukan kewangan 1MDB di bank BSI Singapura
telah ditulis dan disemak oleh pegawai kementerian berdasarkan maklumat
dari IMDB .
Kementerian Kewangan telah meminda jawapan asal yang telah dibuat
pada 10 Mac 2015 agar tidak timbul kekeliruan mengenai kedudukan
kewangan 1MDB di BSI Singapura dan selaras dengan tuntutan urusan
Parlimen. . Tindakan Kementerian Kewangan meminda jawapan asal adalah
bukti ia tidak berniat sama sekali hendak berbohong mengenai perkara
tersebut.
Lantas, dakwaan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa
YAB Dato Sri Mohd Najib yang juga Menteri Kewangan telah berbohong
adalah tidak wajar.
Ini ialah kerana lazimnya jawapan bertulis di Dewan Rakyat dibuat
atas nama beliau berdasarkan maklumat yang diberikan oleh agensi
berkenaan yang kemudiannya disemak dan diedarkan oleh para pegawai.
Kementerian Kewangan telahpun mengambil tindakan sewajarnya agar perkara ini tidak berulang.
Kementerian Kewangan
24 Mei 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment