Saturday, May 16, 2015

PM Serah, Lancar Projek PPR di Johor

16 Mei 2015, Johor Baharu : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Penyerahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah Fasa 1 kepada kerajaan negeri dan melancarkan projek PPR Sungai Melana Fasa II pagi ini.

Projek Fasa 1 yang bermula pada 1 Oktober 2009 ini siap sepenuhnya dengan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) pada 13 November tahun lalu.

Dibina di kawasan seluas 7.58 hektar, PPR itu merangkumi pembinaan 1,170 unit rumah pangsa (tiga blok) melibatkan kos RM147,741,100.

Sehingga kini, Johor menerima peruntukan sebanyak RM1,439,590,000 melibatkan lapan projek PPR dengan 8,728 unit rumah telah siap dibina, empat projek (2,917 unit rumah) dalam pembinaan dan dua lagi projek (900 unit) bakal dinikmati golongan berpendapatan rendah. 

Dipetik daripada sumber : Utusan
image
image
image
image
image
image


No comments:

Post a Comment