Monday, May 18, 2015
Kuasa DAP: Di Kelantan Hudud Disanggah, Di Selangor PAS Kian Rebah
EDITOR MENULIS...
18 MEI 2015
DAP mengoptimakan keberadaan ejen-ejen mereka di dalam PAS, itu antara mesej yang ingin saya sampaikan dalam artikel ini.
Bukanlah rahsia, bahawa Hadi Awang telah 
lama terdedah kepada serangan bertali arus dari kepimpinan DAP. Tidak 
cukup dengan itu, kritikan dan serangan tersebut tidak ditangkis oleh 
sayap parti seperti Dewan Pemuda, dan juga kepimpinan kanan yang lain.
Jelas, Hadi Awang kini juga berada di 
dalam senario yang turut dihadapi oleh Perdana Menteri Najib Razak. 
Tidak hairanlah apabila Hadi Awang menyatakan sokongan terhadap Perdana 
Menteri, kerana beliau juga turut merasa yang sedang dirasakan oleh 
Najib Razak.
Berbalik kepada peranan ejen-ejen DAP, 
itulah realiti PAS hari ini, apabila dianggotai oleh golongan yang pro 
kepada DAP. Bukan sekadar tuduhan, keberadaan ejen-ejen DAP di dalam PAS
 juga menyaksikan bagaimana Lim Kit Siang (tetap orang yang sama pada 13
 Mei 1969) menggunakan peluang yang diberikan kepadanya di hadapan 
kira-kira 1000 penyokong PAS dengan menyanggah perlaksanaan hudud di 
negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Tidak terfikir oleh kita, bagaimana 
sebuah negeri yang berstatus mutlak milik PAS yang sinonim 
memperjuangkan hudud, memberi ruang dan peluang kepada seorang anti 
hudud berucap menyanggah apa yang diperjuangkan oleh PAS? 
Nauzubillahiminzalik, apakah yang sedang dihadapi oleh PAS hari ini? 
Kifarah? Bala?
Sungguhpun terdapat kritikan dari 
beberapa pemimpin PAS, ia tidak ubah seperti kambing menanduk bukit, 
yang sebenarnya tidak memberi apa-apa makna kepada DAP.
Buktinya, DAP sekali lagi menunjukkan 
PAS, di mana kedudukan parti itu di antara parti-parti yang 
mengganggotai Pakatan Rakyat. Harapan dan cita-cita PAS untuk mengadakan
 Muktamar Tahunan PAS ke 61 di Kuala Selangor mendapat tentangan hebat 
dari DAP. Naib Pengerusi DAP Selangor, Teng Chang Kim menyifatkan 
tindakan PAS itu dianggap sebagai tidak menghormati keputusan kerajaan 
negeri yang tidak akan melaksanakan hukum Hudud. Maka, Teng bertegas 
bahawa PAS tidak perlu menganjurkan program besar berkenaan.
Kini, apa yang mahu ahli PAS katakan, 
apabila membenarkan Lim Kit Siang menyanggah hudud di Kelantan, dan 
tidak membenarkan muktamar PAS diadakan di Selangor? Tahaluf siyasi?
Rasanya, tidak keterlaluan, sekiranya 
penulis terus percaya dengan sebenar-benar percaya, dengan perkembangan 
ini, bahawa PAS masih lagi berkasta “pariah” di dalam Pakatan Rakyat.
Hina bukan?
Disediakan oleh :
 
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment