Monday, May 18, 2015
Ahli Nujum Tidak Mahu Berdebat Dengan Ibrahim Libya?
EDITOR MENULIS...
18 MEI 2015
Bagi mereka yang pernah menjadi pemimpin UMNO di zaman Tun M, mereka 
tentu tahu bagaimana dan apa corak serta dasar pemerintahannya selama 22
 tahun. Dalam tempoh itu, saya yakin, pemimpin politik sezaman 
dengannya memang ‘masak’ dengan perangai Tun M.
Bagi pemimpin UMNO dan BN, saya yakin mereka tidak mampu berbuat 
apa-apa melainkan terpaksa melakukan apa yang disuruh atau dibenarkan 
Tun M, dan tidak akan melakukan segala larangannya. Bunyinya Tun M 
bagaikan seorang “nabi” pula, bukan?
Mungkin ada ketika itu pemimpin yang membantah beliau. Tapi akhirnya,
 akan menyendiri di Gua Musang dan ada yang lenyap terus dari dunia 
politik negara. Perlu diingat, pepecahan UMNO juga berlaku di zaman 
beliau. Semangat 46 dan PKR merupakan dua parti serpihan UMNO, bukan? 
Kita perlu akui fakta itu.
Seteruk-teruk Pak Lah di mata Tun M dulu, tidaklah sampai UMNO 
berpecah belah sampai tubuh parti, bukan? Biar pun melakukan peralihan 
kuasa dan berlaku krisis, Pak Lah dan penyokongnya tidak keluar parti 
atau tubuhkan parti baru pun, bukan?
Pada saya, mungkin benar fakta yang mengatakan pepecahan dalam 
UMNO hanya berlaku di zaman Tun M. Cuma sebagai menghormati Tun M, 
beliau digelar bapa pemodenan atau pembangunan Malaysia. Agak bertuah 
juga Tun M tidak digelar ‘bapa pepecahan UMNO’, bukan?
Mengapa Tun M berjaya memoden dan membangunkan Malaysia? Kerana dia 
memiliki jentera kerajaan dan sokongan tidak berbelah bagi dari majoriti
 ahli UMNO ketika itu. Mengapa beliau disokong? Gilakah untuk tidak 
sokong Tun M ketika itu? Nak cari nahas? Teruk nanti ‘dibenam’, bukan?
Bagi para pemimpin pembangkang pula ketika itu, siapa yang tidak 
kenal sikap Tun M? Saya yakin, semua lidah pembangkang ketika itu 
mengiktiraf Tun M sebagai ‘diktator’. 
Bukan saja di dalam negara, malah 
diluar negara juga beliau dikritik sebagai ‘diktator, bukan? Tapi ada 
dia kisah?
Sepanjang 22 tahun beliau memerintah, sudah berkali-kali beliau 
didesak untuk meletak jawatan. Tapi dia tidak letak jawatan pun. Kenapa 
dia tidak letak jawatan? Seperti yang saya katakan, ada dia kisah 
dengan desakan itu?
Cuma saya terkilan sedikitlah. Dalam usia ‘pencen’ dan umur 
‘subsidi’ yang beliau kecapi sekarang, beliau seolah tidak menghargai 
menteri-menteri dan jentera yang menjadikan beliau ‘hebat’ di mata 
rakyat Malaysia, kan? Orang Melayu kata, itulah namanya tidak mengenang 
budi. Tradisi Melayu memang pantang dengan sifat tidak mengenang budi.
Atau Melayu mudah lupa juga?
Malah ketika itu menteri-menteri beliaulah yang membelanya. 
‘Macai-macai’ beliaulah yang tidak tidur malam berjuang mempertahankan 
beliau dari serangan pembangkang. Gilakah siapa yang tidak membelanya 
ketika itu? Cari mampus? ‘Anak emas’ beliau buat ‘taik’ pun kena ‘pejam 
mata’, bukan?
Jika kita teliti, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mengikuti jejak 
langkah beliau. Cuma Najib tidaklah seperti Tun M. Najib tidak 
menganjurkan pepecahan. Najib tidak ‘diktator’ dan bersikap terbuka 
menerima kritikan. Najib berlembut dan berlapik. Paling mengujakan, 
Najib tidak ‘zip’ mulut Tun M atau ‘benam’ beliau pun…
Dalam pengetahuan saya, ada juga menteri dan pemimpin yang agak 
bercanggah pandangan dengan Najib. Tapi mereka salurkan dengan cara yang
 betul. Itulah keterbukaan Najib yang tidak ada pada Tun M. Jadi, 
keharmonian dan sifat kepimpinan itu ada, bukan?
Saya teringat tentang satu hikayat dahulu kala. Seorang pemimpin 
yang dipilih Menteri Perdana itu tidak digemari pemimpin akar umbi untuk
 menjadi ‘memanda besar’ di negeri mereka. Lalu krisis berlaku di negeri
 itu. Lalu dipanggil para pemimpin akar umbi itu dan diberi kata dua…
Akhirnya, walaupun ditolak majoriti, pemimpin terpilih itu tetap 
menjadi ‘memanda besar’ walaupun hanya menerima 2-3 sokongan pemimpin 
akar umbi yang jumlahnya berbelas-belas itu. Itu semua kuasa Menteri 
Perdana, bukan? Mahu tak mahu terima sajalah yang di akar umbi ini. Lupa
 dengan kisah itu? Cuba ingat balik…
Dan sekarang, khabarnya beliau nak berdebat dengan Najib berkenaan 
1MDB. Debat?
Sudah habis modal sangatkah? Seperti yang dikatakan seorang
 AJAB, tidak seorang pun dari mereka berdua berada dalam pengurusan 
syarikat GLC itu. Tun M mahupun Najib tidak terlibat secara langsung pun
 dengan pengurusan harian 1MDB.
Justeru itu, Tun M fikir beliau layak untuk berdebat mengenai 1MDB? 
Pada penulis, sekiranya berlaku perdebatan, ia seolah menyaksikan dua 
orang tokoh pemimpin Malaysia yang berdebat tentang Amerika Syarikat. 
Penulis yakin keduanya kenal dan pernah ke negara itu. Tapi tahukah 
mereka tentang semua perkara yang berlaku dalam Whitehouse? Misalnya, 
berapa US Dollar digunakan untuk memperbaiki tandas pejabat Presiden US?
 Tahu?
Pada pandangan penulis, mungkin Tun M mahu berdebat dengan Najib 
sebab Perdana Menteri itu sekarang merupakan ‘musuh’nya. Cuma penulis 
terkilan sedikit kerana ketika akal Tun M sedang berada dipuncaknya 
dulu, beliau tidak pula teringin berdebat dengan Tunku Abdul Rahman, Ku 
Li, Fadzil Noor, Musa Hitam mahupun Ibrahim Libya, bukan?
Pada saya, akal Tun M sudah ‘tumpul’, ‘berkarat’ dan tidak lagi 
sehebat dulu. Sebab itulah dia ajak berdebat. Selalunya, hanya orang 
yang terdesak sahaja yang akan ajak musuhnya berdebat. Dulu dia tidak 
ajak berdebat, dia kelihatan bijak. Tapi sekarang? Faham-fahamlah 
sendiri…
Saya yakin, debatlah sampai kiamat pun ia tidak akan dapat 
menyelesaikan masalah atau pertikaian mengenai 1MDB. Segalanya hanya 
akan terjawab apabila Ketua Audit Negara dan PAC selesai menjalankan 
siasatan secara terperinci. Sehingga itu, memang tidak akan terjawab 
soalan Tun M tentang 1MDB itu.
Jadi, tak payahlah meroyan sangat bila Najib suruh tunggu Ketua Audit
 Negara dan PAC. Tidak boleh sabar, kah? Jika pelbagai soalan tidak 
dijawab Tun M selama 22 tahun pentadbirannya sehingga kini, tidak boleh 
tunggukah jawapan dari Ketua Audit Negara dan PAC itu? Terdesak 
sangatkah?
Soalan apa yang perlu dijawab Tun M? Saya yakin, jika diteliti, 
ramai yang mahu menyoal Tun M jika diberi peluang. Antara soalan yang 
popular, beliau ada China atau tidak? Kenapa perlu bunuh Ibrahim Libya? 
Mengapa anaknya buat Litar Sepang? Mengapa Petronas tiba-tiba minat 
kapal? Banyaklah..!
Tapi saya rasa, tak payah jawab pun tidak mengapalah. Sebab 
jawablah macam mana sekalipun, saya akan kata semuanya tidak menjawab
 soalan pun… Alah! Macam tak biasa, kan?
Disediakan oleh :
 
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment